Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/06/05

Petua Hilangkan Bau Kerisik Yang Sudah Lama

Petua Hilangkan Bau Kerisik Yang Sudah Lama. Ada macam-macam hal dengan dunia masakan, kan? Kadang-kadang kita masak dah betul, resepi lengkap tapi ada pula bahan-bahan campuran yang dah lama dan bau kurang enak dalam masakan. Contohnya bawang dah berbau tapi tercampur, ada waktunya asam keping pahit dan ada saatnya kerisik yang bercampur dalam rendang dah berbau, minyak dah lama dalam kerisik agaknya. Terutamanya kerisik yang beli instant tu...

Jadi, bagaimana cara mengatasinya masalah ini. So.. saya kongsikan tips dan petua cara mengatasi kerisik yang berbau dalam masakan.. terutamanya yang beli siap di kedai.


Petua Hilangkan Bau Kerisik Yang Sudah Lama
Petua Hilangkan Bau Kerisik Yang Sudah Lama

Petua Hilangkan Bau Kerisik Yang Sudah Lama


Petua mengatasi bau kerisik mudah saja. Saya kongsikan dari sumber ini, dan ada banyak petua yang lain yang boleh dicuba.

Petua kerisik tahan lama

Kerisk ialah kelapa parut yang digoreng garing (perang) dan di tumbuk hingga mengeluarkan minyak. Masukkan sedikit garam (1/4 sudu teh) dalam kerisik yang ditumbuk tadi. Hasilnya kerisik tadi tahan lama dan tak berbau tengik (bau minyak yang sudah lama..). Inilah rahsianya supaya kerisik tahan lama. Dah tahu kan.. boleh lah buat. Jika tidak rasa rendang daging atau rendang ayam anda dah tak sedap. Spoil kan...

Lagi satu, tambahkan serai lebih sikit jika gunakan instant kerisik. Alaa.. kerisik yang dibeli di kedai. Lagi lebih kerisik lagi wangi..

Itu aje.. semoga rendang yang anda nak masak nanti berbau harum, segar dan tidak tengik lagi.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.