Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

16 June, 2017

Kelebihan Jus Buah Yang Bagus Untuk Kesihatan Dan Penurunan Berat Badan

Dalam setahun mesti ada satu ketika kita rasa nak buat sesuatu kepada tubuh badan kita, demi kesihatan yang berpanjangan. Kita rasa nak belai tubuh di Spa, nak scrub muka biar hilang jeragat semua.. dan nak diet sihat agar tidak diserang penyakit berbahaya. Oleh itu, apa kata baca artikel berikutnya tentang Kelebihan Jus Buah Yang Bagus Untuk Kesihatan Dan Penurunan Berat Badan. Jus buah memang sedap, menyegarkan dan penuh zat untuk tubuh. Jus buah juga sesuai diminum oleh semua peringkat umur.
Kelebihan jus buah yang nak dikongsikan nanti adalah dari sumber - RAPI Diet, dan amat bagus dihadam sebagai bacaan tambahan bagi mereka yang mahukan tubuh sihat semulajadi. 

Ramai yang tahu khasiat buah-buahan dan jus buah-buahan. Ia kaya dengan zat antioksidan seperti vitamin A, C dan E selain membantu mengurangkan risiko sesetengah penyakit kanser. Serat yang larut di dalam kebanyakan buah-buahan membantu mengurangkan paras kolesterol darah. Buah-buahan yang berwarna oren misalnya seperti betik dan buah oren kaya dengan bera karotena yang penting untuk kesihatan mata.

Anda disarankan untuk mengambil buah-buahan atau jus buah-buahan bersama sarapan pagi. Lebih baik lagi, jika buah-buahan atau jus diambil semasa perut kosong atau sebelum mengambil sebarang jenis makanan di waktu pagi. Ini akan melancarkan system pencernaan. Makanlah sekurang-kurangnya satu sajian buah-buahan = ¾ gelas jus buah-buahan = ¾ cawan buah-buahan kering.

Tahukah anda?


~ Satu cawan jus epal misalannya mengandungi 15mg kalsium, 22mg fostor, 1.5mg zat besi, 2mg sodium, 250mg potassium, 2mg vitamin C dan sedikit B kompleks.

~ Satu cawan jus tembikai pula mengandungi 11mg kalsium, 12mg fostor, 0.8mg zat besi, 2mg sodium, 160mg potassium, 940 IU vitamin A, 11mg vitamin C, 3.4 mcg asid folik, 17mg magnesium dan 0.11mg zink

Kelebihan Jus Buah Yang Bagus Untuk Kesihatan Dan Penurunan Berat Badan 


Kelebihan Jus Buah Yang Bagus Untuk Kesihatan Dan Penurunan Berat Badan

Perangsang tenaga berpanjangan

Anda sering tidur lewat? Perlukan tenaga dengan segera? Elakkan mengambil kopi atau minuman bergula. Minumlah jus buah-buahan segar bagi menjana semula tenaga yang hilang. Pastinya anda akan kembali cergas dan cerdas

Detoks dan membersih tubuh

Pencemaran, stress dan pengawet makanan mengakibatkan toksin terkumpul di dalam tubuh. Dengan pengambilan jus buah-buahan dan sayur-sayuran, berpuasa dan tidak mengambil makanan yang berlemak, anda mampu mencapai kesan yang dramatic dalam kesihatan tubuh secara keseluruhan. Jus segar membantu system semulajadi tubuh untuk membuang sendiri toksin yang terkumpul di dalam badan.

Perangsang sistem imun

Gaya hiduap yang sibuk dan penuh stress membuatkan tubuh memerlukan tenaga dan bantuan tambahan bagi merangsang system imun tubuh daripada serangan pelbagai jenis penyakit. Kuasa penyembuhan yang terdapat di dalam jus semulajadi merupakan benteng pertahanan terhadap penyakit dan penuaan pra matang. Jus segar juga membantu dalam mencegah dan menyembuh penyakit kanser.

Mengekalkan berat badan

Berita baik untuk pengamal diet. Jus membantu anda mengurangkan berat badan. Ia kaya dengan nutrisi dan serat untuk membantu mengurangkan rasa lapar. Ambil jus ini di Antara waktu makan bagi memberikan rasa kenyang berpanjangan.

Khas untuk wanita

Wanita mempunyai keperluan zat nutrisi berbeza pada setiap peringkat umur. Jus buah-buahan dan sayur-sayuran membantu mengurangkan symptom PMS dan menopaus. Ia juga memberikan vitamin dan mineral penting kepada wanita sebelum, semasa dan selepas mengandung.

Tonik dan ubat

Jus sesuai untuk semua tidak mengira peringkat umur. Segala nutrient yang terkandung di dalam jus sesuai dijadikan sebagai ubat dan tonik. Kalsium misalannya untuk pertumbuhan sihat kanak-kanak, antioksidan untuk dewasa dan serat untuk warga tua.

Smoothies & Shakes

Smoothies merupakan sajian minuman yang enak dan sihat sebagai pengganti makanan. Buah-buahan dan sayur-sayuran dikisar halus (bukan diambil jusnya) bagi menyediakan segala keperluan nutrient dan serat dalam bentuk minuman yang melazatkan. Bagi mereka yang tidak mempunyai cukup masa untuk menikmati makanan sebenar, smoothies membekalkan cukup karbohidrat yang mudah ditukar kepada tenaga, selain memberikan rasa kenyang yang berpanjangan. 

Buah-buahan tidak mengandungi kolesterol, rendah lemak dan kalori. Ia berkhasiat untuk menurunkan berat badan. Selain itu, buah-buahan juga mengandungi mineral seperti kalium dan kalsium untuk mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

Kombinasi pelbagai jenis buah akan menjadikan jus lebih menarik. Selain itu, kombinasi tersebut akan menambahkan khasiat pada jus itu sendiri. Pengambilan jus lebih memberikan banyak manfaat kesihatan berbanding mengambil buah-buahan potong. Khasiat jus kombinasi pelbagai jenis buah boleh melancarkan pencernaan, sembelit dan kembung perut.

Selamat membaca. 

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.