Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/06/07

Jadual Cuti Sekolah Sempena Hari Raya Aidilfitri 2017

Jadual Cuti Sekolah Untuk Hari Raya 2017. Semua persiapan hari raya berjalan lancar. Budak-budak pun happy sebab puasa 2017 jatuh pada cuti pertengahan semester. Seronok bukan main..

Tapi kemudian kena naik seminggu lebih, dah cuti semula. Haish.. best jadi budak sekolah. Mak bapak juga yang kena mencari rezeki untuk raya sakan mereka.. hihi, walau apapun hargailah orangtua mu selagi ada hayat dikandung badan. Pengorbanan mereka tiada galang gantinya!

Jadual Cuti Sekolah Untuk Hari Raya Aidilfitri 2017


Di bawah ini adalah jadual cuti sekolah sempena hari raya 2017. Bagi ibubapa boleh mula merancang cuti dan beraya sakan, bagi yang ada cuti lah... yang tak ada cuti kenalah pergi kerja. Walau apa pun, rancanglah perjalanan anda sekeluarga dengan selamat.

Jadual Cuti Sekolah Sempena Hari Raya 2017
Jadual cuti sekolah sempena raya 2017

Jadual cuti sekolah sempena hari raya 2017 adalah seperti berikut:

Kumpulan A:

Kedah, Johor, Kelantan, Terengganu ~ Tarikh cuti dari 23/6/2017 hingga 1/7/2017


Kumpulan B:

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor,
Negeri Sembilan, Melaka, Pahang,
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan ~ Tarikh cuti dari 24/6/2017 hingga 2/7/2017


SELAMAT BERCUTI DAN BERHATI-HATI DI JALAN RAYA!

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.