Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/06/10

Cara Mengenal Personaliti Seseorang Dengan Gaya Tulisan

Cara Mengenal Personaliti Seseorang Dengan Gaya Tulisan. Sebelum ini saya ada menulis tentang personaliti hari lahir, warna kegemaran dan sebagainya. Menurut beberapa pakar dalam menilai tulisan seseorang.. memang ada benarnya tulisan melambangkan personaliti seseorang.

Kali ini saya nak kongsi pula cara mengenal personaliti seseorang dengan gaya tulisan mereka. Ketika kita menulis sebenarnya tangan kita hanya sebagai alat untuk memegang pen atau pensil. Gaya tulisan kita itu berasal dari fikiran bawah sedar kita. Jadi, boleh dikatakan bahawa tulisan mampu mengungkapkan berbagai perasaan emosi si penulisnya. Namun bukan sebarangan untuk mengetahuinya kerana ia memerlukan kepakaran teknikal dibalik tulisan tangan atau yang disebut dengan graphology. Jom baca penemuan dari kajian pakar tentang hal ini.

Cara Mengenal Personaliti Seseorang Dengan Gaya Tulisan

Cara Mengenal Personaliti Seseorang Dengan Gaya Tulisan


Tulisan ada bermacan gaya. Ada yang tegak, condong ke depan atau belakang. Mari kita lihat kupasan bijak pandai tentang personaliti seseorang berdasarkan tulisannya.

Kecondongan sesuatu tulisan


Condong/ senget ke kanan

Orang dengan tulisan seperti ini biasanya memiliki karakter yang impulsif emosional aktif suka bergaul. Golongan ini juga sukakan cabaran dalam hidup dan mengatasinya secara terbuka. Individu yang bertulisan tangan senget ke depan lebih terbuka (ekstrovert) dan open minded.

Tulisan Condong ke kiri/ Senget ke kiri


Jenis tulisan seperti ini biasanya penulisnya bersikap pendiam dan suka bersendiri. Orang kata introvert. Namun mereka lebih melindungi serta selalu berfikiran logik. Secara umumnya ia mencerminkan sifat seseoarang yang lebih menyendiri.

Tulisan Tegak lurus


Orang yang memiliki tulisan tegak lurus mencerminkan seseorang yang boleh mengawal diri dan tegas.

Bagaimana pula dengan jenis tulisan yang bercantum, sebutir-sebutir dan yang susah dibaca.? Contohnya macam tulisan cakar ayam tu? Haa.. yang tu anda mungkin bakal menjadi seorang doktor. Kan doktor je tulisan yang tak boleh dibaca oleh orang awam macam kita.. ya dak??☺☺☺

Tulisan tangan seseorang yang sebutir sebiji tu, menggambarkan dia seorang yang buat sesuatu dengan sempurna dan sampai jadi. Tapi aamda waktunya dia tidak yakin dengan diri sendiri, dalam sesetengah perkara.

Cara Mengenal Personaliti Seseorang Dengan Gaya Tulisan

Tulisan tebal dan bersegi


Haaa... tulisan tebal maknanaya dia suka tekan pen atau pensil waktu menulis. Tulis tebal sebab dia nak tunjukkan yang dirinya seorang yang berkeyakinan tinggi. Kemudian, yang bersegi dan berbentuk tulisannya.. menunjukkan bidang kerjanya. Saya ada ramai rakan yang bekerja dalam bidang rekaan dan arkitek dan ternyata tulisan mereka memang unik dan cantik. Tak caya ke?😂😂

Cuba test tulisan rakan anda yang bekerja dalam bidang rekaan atau pun arkitek. Hihi...

Ternyata, personaliti seseorang boleh diteka dengan bentuk tulisannya. Samada condong ke depan atau belakang, tulisan tegak, tulisan macam cakar ayam dan sebagainya... ia sebenarnya melambangkan diri anda yang sebenar. Tulisan menzahirkan rasa dan emosi yang sedang dialami oleh si penulisnya.

Kalau sedang marah.. bagaimanakah pula bentuk tulisan anda???


1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.