Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

Responsive Ads Here

04 May, 2017

Tema Hari Guru Ke 46 'Guru Pembina Negara Bangsa'

Tema Hari Guru Ke 46 'Guru Pembina Negara Bangsa'. Selamat hari guru kepada guru-guru di seluruh Malaysia. Guru.. kerjaya yang amat mulia. Guru, insan yang memacu kecemerlangan anak bangsa. Guru pembina negara bangsa.

Guru juga adalah insan pertama yang mendidik anak bangsa secara rasmi setelah diasuh di rumah oleh ibubapa. Guru atau cikgu juga adalah insan paling dipercayai dan disayangi oleh jutaan murid dan bekas murid.

Tema Hari Guru Ke 46 'Guru Pembina Negara Bangsa'


Tema Hari Guru Ke 46 'Guru Pembina Negara Bangsa'


Apakah maksud di sebalik tema hari guru tersebut?

Guru pembina negara bangsa dipilih sebagai tema tahun ini selaras dengan peranan guru yang terbukti memainkan watak penting dalam memperjuangkan dan mengekalkan kemerdekaan serta kedaulatan negara melalui sistem pendidikan. Seterusnya, guru juga berperanan membangunkan negara dan mencipta pelbagai kejayaan sehingga dikagumi oleh masyarakat antarabangsa.

Dari situlah lahirnya inspirasi tema hari guru ke 46 ini. Guru adalah lambang kejayaan negara bangsa, jasa guru tiada nilainya. Tunjuk ajar dan nasihatnya umpama permata. Bak mutiara tak ternilai harganya.

Sambutan hari guru peringkat kebangsaan tahun ini akan disambut di Johor Bahru.

Sama-samalah kita mengangkat martabat seorang guru ke tahap tertinggi dan sentiasa dihormati oleh yang tua atau pun muda.

Selamat menyambut hari guru ke 46 duhai guru-guru se Malaysia.

Ganjaran Berganda Untuk Guru


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى كَانَ لَهُ مِنْ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ كَانَ عَلَيْهِ مِنْ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

Dari Abu Hurairah RA bahwasanya Rasulullah SAW telah bersabda: "Barang siapa mengajak kepada kebaikan, maka ia akan mendapat pahala sebanyak pahala yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Sebaliknya, barang siapa mengajak kepada kesesatan, maka ia akan mendapat dosa sebanyak yang diperoleh orang-orang yang mengikutinya tanpa mengurangi dosa mereka sedikitpun."*_ (HR Muslim No: 4831) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Sesiapa sahaja yang berperanan mengajak, menasihat serta membimbing kepada kebaikan, mereka adalah seorang guru.

2.  Orang yang mengajak, membimbing, menasihat, mengajar seseorang agar melakukan perkara kebaikan, dia akan mendapat ganjaran pahala seperti mana yang didapati oleh orang yang belajar dan beramal.

3.  Semakin ramai bilangan pelajar yang dibimbing dan diajar melakukan perkara yang baik dan bermanfaat, semakin banyak pahala yang diperolehi secara berterusan.

4.  Orang yang mengajar, membimbing dan menunjukkan yang buruk dan jahat, dia akan memperolehi ganjaran dosa sebanyak orang yang mengikuti dan beramal dengannya.

Sempena Hari Guru, ayuh kita menjadi guru yang mengajar kebaikan dan perkara bermanfaat pada orang lain seperti, pelajar,  ahli keluarga, jiran tetangga dan masyarakat.

Guru Pembina Negara Rahmah

Marilah kita merebut peluang membuat simpanan deposit amal yang berterusan untuk akhirat kita dengan mendidik, mengasuh dan mengajar orang lain kepada kebaikan.

1 comment:

  1. Hi Selamat Hari Guru nanti.Sila share animasi guruku tersayang kepada guru anda .

    http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/12/senarai-tonton-guruku-tersayang.html

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.