Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

May 6, 2017

Sinopsis Filem Jibam The Movie Adaptasi Novel Kartunis Ujang

Sinopsis Filem Jibam The Movie Adaptasi Novel Kartunis Ujang. Masih ingat dengan novel JIBAM karya kartunis Ujang? Kalau tak silap novel Jibam ni popular sekitar tahun 90-an dan hingga kini novel ini masih dalam simpanan saya. Novel Jibam tak lah tebal macam novel sekarang, tetapi tema dan jalan cerita dan lokasi cerita dalam novel ini sangat jelas tergambar di ruang mata.

Secara ringkasnya, Jibam adalah seorang kanak-kanak istimewa yang mewarisi bakat mengubati orang daripada ayahnya. Jibam melalui waktu sukar bila sering diejek oleh budak-budak kampung kerana sikapnya yang pelik. Jibam suka mengumpul tin-tin kosong dan menyeretnya dengan tali.

Jibam atau nama sebenarnya Ashraf, mewarisi kepandaian bapanya Suman mengubat penyakit.

Sinopsis Filem Jibam The Movie Adaptasi Novel Kartunis Ujang
Kulit novel jibam yang baru

Info filem Jibam The Movie:

Diterbitkan;
Tarikh Tayangan; September 2017
Pelakon terlibat: Buntat (Muhammad Arif),

Sinopsis Filem Jibam The Movie Adaptasi Novel Kartunis Ujang


Baca sinopsis dan kisah dari novel JIBAM yang saya share dari blog Aku Dan Celoteh..

Sinopsis Filem Jibam The Movie Adaptasi Novel Kartunis Ujang
Kulit novel jibam yang lama

Jibam, atau nama sebenarnya Ashraf, merupakan seorang kanak-kanak yang unik setelah mengalami demam panas (kalau tak silap aku, lama dah baca citer ni). Namun begitu, Jibam mempunyai kelebihan untuk mengubat penyakit yg diwarisi daripada bapanya, Suman. Novel Jibam adalah berkisar kepada kehidupan Jibam dan masyarakt di sekeliling Jibam. Novel ini membongkar kisah pengkhianatan, kekeluargaan dan kasih sayang dalam masyarakat.

Selain dari Jibam, novel ini juga mengetengahkan watak seperti Tok Ngah Sudin yang pasti menimbulkan kebencian/kemarahan setiap pembaca kepada watak ini kerana sikapnya yang mengkhianati persahabatan dan permusuhannya dengan Jibam sehingga sanggup untuk menamatkan riwayat anak ini.

Bukan watak Tok Ngah Sudin saja yang membencikan, malah watak Fakir juga amat memberikan kesan. Fakir merupakan abang sulung Jibam namun sekadar abang pada nama. Fakir bukanlah abang mahupun anak yang baik. Tidak memperdulikan kesusahan keluarga sendiri, pandang rendah dan langsung tidak membela nasib adik sendiri. Yang Fakir tahu hanyalah bermain cinta dengan anak Tok Ngah Sudin dan harta-harta peninggalan Suman.

Watak seperti watak Kadir, abang kedua Jibam, dan Piah, ibu Jibam, menghidupkan lagi jalan cerita. Kadirlah yang banyak membela Jibam walau caranya agak kasar.

Novel ini juga mengisahkan bagaimana Jibam akhirnya membongkar rahsia pembunuhan ayahnya. Siapakah pembunuh yang tak berhati perut itu? Bagaimanakah nasib Jibam? Semuanya terungkap dalam novel ni. 

Membaca sebahagian kisah dalam novel Jibam, mengingatkan kita tentang kisah masyarakat zaman sekarang. Sukar nak menebak hati seseorang walau luarannya nampak baik dan alim. Begitulah.. benar kata pepatah, "jangan menilai buku dari kulitnya.."

Banyak pengajaran yang diperoleh dari novel Jibam. Yang paling saya terkesan adalah kasih sayang seorang ibu yang begitu menyayangi anaknya walau bagaimana pun keadaan anak tersebut.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.