Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

30 May, 2017

Resepi Udang Sos Lada Hitam

Resepi Udang Sos Lada Hitam. Ada banyak koleksi resepi yang saya nak kongsikan dalam blog tapi masa tak ada nak salin semula. Almaklum resepi lama saya kebanyakannya conteng-conteng dalam buku tulis sekolah, buku yang dah tak guna.. memang legend tau..

Antara resepi yang dalam senarai menunggu adalah resepi udang masak sos lada hitam. Lada hitam tu pun pakai tumbuk je... kasar sikit, tak payah hancur sangat. 

Resepi Udang Sos Lada Hitam
Udang sos lada hitam
Jom tengok resepi mudah yang anda semua boleh buat jika teringin. Tak perlu pakar masak baru nak masak.. masak je dengan cara anda tersendiri.

Resepi Udang Sos Lada Hitam


Bahan-bahan:

500 gram udang besar
2 sudu makan lada hitam - ditumbuk
5 biji bawang merah - dihiris
3 ulas bawang putih - dihiris
1 labu bawang besar - dihiris
3 biji cili merah - dihiris
1 sudu makan tepung jagung
1/2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
Garam secukup rasa
Daun bawang

Cara menyediakan Udang Sos Lada Hitam


Resepi Udang Sos Lada Hitam

1. Panaskan minyak dalam kuali dan gorengkan bahan hirisan hingga wangi

2. Masukkan udang dan goreng hingga masak

3. Bancuhkan tepung jagung dengan air dan garam

4. Masukkan dalam kuali dan kacau rata

5. Masukkan cili merah dan daun bawang sebagai hiasan. Sedia untuk dihidangkan

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.