Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/05/11

Resepi Kuih Koci Lembut Dan Tahan Lama

Resepi Kuih Koci Lembut Dan Tahan Lama. Perkongsian resepi kali ini adalah dari jenis kuih muih tradisional kesukaan bunda saya. Iaitu, kuih koci. Kuih koci dibuat daripada tepung pulut. Itu bahan asasnya. Kemudian dibungkus dengan daun pisang. Kuih koci ada baanyak jenis, ada yang dibuat dari labu, pulut hitam, kuih koci pandan dan banyak lagi. Kuih koci berinti kan kelapa parut.

Saya pula? Tak berapa suka kuih koci sebab lekat ditangan dan ada masanya liat pulak. Tapi kalau dapat kuih koci yang sedap, habis juga 5 ketul sekali ngadap.. haha

Resepi Kuih Koci Lembut Dan Tahan Lama

Cara nak buat kuih koci yang lembut mudah aje, ketika uli tepung pulut dengan air, jadikan doh itu lembik sikit. Gunakan santan pekat. Insyaa Allah kuih koci anda lembut dan sedap.

Nak kuih koci tahan lama? Tak cepat basi? Kukus kuih koci dengan betul-betul masak. Bila dah kering, baru hidangkan. Jika tak habis, simpan dalam peti sejuk. Kalau nak makan, kukus semula sekejap..


Resepi Kuih Koci Lembut Dan Tahan Lama


Bahan-bahan:

500gm tepung pulut
125ml santan pekat
Sedikit air
Secubit garam
Beberapa helai daun pisang

Bahan Inti

1 biji kelapa parut
100gm gula melaka
Sedikit air
Daun pandan

Cara memasak kuih koci sedap lembut


1. Campurkan tepung pulut bersama santan dan sedikit air.
2. Uli hingga menjadi adunan dan tidak melekat pada jari.
3. Untuk intinya, cairkan gula melaka terlebih dahulu dan masukkan kelapa parut. Gaul rata.
4. Ambil daun pisang, masukkan adunan sebesar bola pingpong dan letakkan satu sudu inti di dalamnya.
5. Lipatkan daun pisang kemas.
6. Kukus hingga masak.

Resepi Kuih Koci Lembut Dan Tahan Lama

Resepi kuih koci di atas saya share dari majalah rasa online. Cara menyediakan yang mudah menyenangkan kita nak membuatnya. Ada sesetengah resepi panjang berjela tapi saya tak pandai nak follow. Hihi..

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.