Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/05/04

Resepi Air Bandung Soda Cincau Paling Sedap

Resepi Air Bandung Soda Cincau Paling Sedap. Nak dekat bulan puasa ni, teringat pula air kegemaran kami iaitu bandung soda dengan cincau. Lepas tu bubuh air batu kiub, memang menyegarkan. Nak buat pun mudah. Kalau tak ada sirap merah tu, gantikan dengan air ribena pun sedap.

Anggaran kos nak buat 1 jug air bandung soda dengn cincau pun tak mahal. Tapi kalau order kat restoran boleh tahan jugak harganya, ada yang cecah RM2.80 hingga RM4.00 (restoran biasa..)

Resepi Air Bandung Soda Cincau Paling Sedap

Resepi Air Bandung Soda Cincau Paling Sedap

(sumber: Mat Gebu)

Bahan-bahan;

1/4 cawan ibu sirap
Gula (dilarutkan dalam sedikit air panas) - kadar gula mengikut citarasa masing-masing
3/4 tin susu cair (boleh guna susu sejat IDEAL)
3/4 jug kuib ais
1/2 tin ice cream soda (letak 3/4 tin pun tak apa...), kalau dalam botol punya, letak suku pun cukup..

Cara menyediakan Air Bandung Soda Cincau Paling Sedap 


Resepi Air Bandung Soda Cincau Paling Sedap

1. Satukan ibu sirap, air gula, susu cair dan ice cream soda, kacau rata dan masukkan kiub ais. Biarkan kiub air mencair. Tidak perlu tambah air kerana ini akan mengurangkan rasa lemak sirap bandung.

2. Resipi diatas tu menghasilkan 1 jug sirap bandung soda. Kalau nak masak dulu gula sirap ros pun ok, tambah daun pandan dalam sirap ros yang kita masak tadi untuk menambah keharumannya..

3. Masukkan cincau ke dalam bandung soda anda.

Selamat mencuba!!

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.