Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/05/04

Petua Turun 2 Kg Dalam Masa 1 Minggu Dengan Berlari Atas Threadmill

Petua Turun 2 Kg Dalam Masa 1 Minggu Dengan Berlari Atas Threadmill. Boleh percaya ke ni? Macam tak logik pulak, tanpa supplement tambahan? Ini sudah bagus, ya tak? Nak lari atas threadmill mudah aje, daftar kat pusat gymnasium terdekat anda dan anda dah boleh guna peralatan sukan tersebut.

Senaman memang bagus untuk kesihatan. Ia bukan saja untuk jadikan tubuh badan kita cergas dan sihat, jantung kita pun dipam dengan betul secara semulajadi jika kita mengikuti jadual senaman yang betul.

Petua Turun 2 Kg Dalam Masa 1 Minggu Dengan Berlari Atas Threadmill

Petua Turun 2 Kg Dalam Masa 1 Minggu Dengan Berlari Atas Threadmill


Baiklah.

Bagaimana cara nak turun 2 kilogram dalam masa seminggu dengan hanya berlari atas threadmill. Ada caranya. Bukan boleh setakat berlari 2 hingga 3 minit dah boleh dapat hasilnya. Itu silap ya..

Anda mesti berlari selama 1/2 jam setiap sesi tanpa berhenti dan amalkan sebanyak 3 kali seminggu.

Kemudian, kurangkan pengambilan nasi, minunan bergas dan makanan manis. Lebihkan mengambil serat dari buah-buahan dan lebihkan makan sayur.

Petua Turun 2 Kg Dalam Masa 1 Minggu Dengan Berlari Atas Threadmill

Insyaa Allah, jika anda rajin, sabar dan berusaha untuk hidup lebih sihat.. anda akan mendapat hasil yang anda inginkan. Iaitu turun 2 kg dalam masa seminggu dengan hanya berlari atas threadmill. Saya dah buat dan memang berhasil. Lagipun, di rumah kami ada peralatan seperti threadmill dan cycling fitness. Yang buat sesuatu senaman itu gagal adalah kerana kita bersifat MALAS. Kalau malas semua benda pun tak jadi. Hihi...

Boleh tak? Jangan malas.. okay~

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.