Pembayaran BR1M Peringkat Kedua Mulai 5 Jun 2017
Kerajaan mengumumkan bahawa pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dibuat mulai 5 Jun 2017 ini.

Pembayaran peringkat kedua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017 akan dibuat mulai 5 Jun ini, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani bagi memudahkan dan meringankan beban rakyat bersempena sambutan Hari Raya Adilfitri. Ia melibatkan penerima yang telah menerima BR1M 2017 semasa peringkat pertama sebelum ini, manakala pembayaran bagi permohonan rayuan dijangka pada 17 Jun ini.

"Kerajaan berharap dengan pemberian BR1M ini dapat membantu rakyat membeli barangan keperluan dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri nanti," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Pembayaran BR1M Peringkat Kedua Mulai 5 Jun 2017


Pembayaran BR1M Peringkat Kedua Mulai 5 Jun 2017

Beliau berkata pembayaran BR1M akan dikreditkan terus ke akaun penerima, dan bagi mereka yang tidak mempunyai nombor akaun, surat kelulusan akan diposkan terus ke alamat penerima dan seterusnya boleh ditunaikan di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) berhampiran.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau emel kepada br1m@treasury.gov.my

Semoga dengan adanya BR1M ini dapat meringankan beban kepada mereka yang benar-benar memerlukan. Gunakan BR1M dengan sebaik-baiknya dan dibelanjakan dengan cara yang betul.
Axact

Axact

Vestibulum bibendum felis sit amet dolor auctor molestie. In dignissim eget nibh id dapibus. Fusce et suscipit orci. Aliquam sit amet urna lorem. Duis eu imperdiet nunc, non imperdiet libero.

Post A Comment:

0 comments:

Please comment with courtesy..