Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/05/28

Jangan Tidur Selepas Sahur Jika Anda Tahu Kesannya

Bestnya bila dapat tidur selepas sahur, itulah fikiran kita selalu kata. Namun mengikut nasihat doktor, Jangan Tidur Selepas Sahur Jika Anda Tahu Kesannya. Tidur selepas sahur memang boleh tetapi selepas 4 jam bersahur. Bermakna, jika waktu imsak pukul 5.30 pagi, boleh tidur selepas pukul 9.30 pagi. Faham?

Tidur selepas sahur tidak bagus untuk otak

Tapi bila difikirkan balik, memang ada benarnya bahawa tidur selepas sahur membuatkan kita jadi kurang selesa setelah bangun, perut rasa sebu dan ada ketikanya kepala rasa pening. Secara amnya, tidur selepas sahur boleh tinggalkan kesan tidak bagus pada fizikal dan mental kita.

Jangan Tidur Selepas Sahur Jika Anda Tahu Kesannya


Jom baca pandangan doktor tentang kesan-kesan tidur lepas sahur.

Mungkin ramai ada soalan yang bermain difikiran tentang tidur selepas sahur. Saya pun suka tidur selepas sahur dan solat subuh terutamanya bila tiba waktu cuti. Tetapi setelah tahu kesannya, elak diri dari tidur sudah jadi satu kemestian.

3 KESAN tidur lepas sahur:

1) Dehidrasi tubuh dan OTAK. Air tidak diserap tetapi di bawa ke pundi kencing.

2) Makanan yang dimakan tidak diproses seperti sepatutnya. Sisa menjadi toksid. Nutrisi tidak diserap. Pesta keroncong mula berbunyi seawal jam 10 pagi.

3) Interaksi OTAK dan usus terganggu. Seperti lebuhraya tiada kenderaan. Sunyi.

Kita beria-ia sediakan makanan bernutrisi tinggi semasa sahur. Mahu tingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Malangnya tidur selepas sahur hapuskan semuanya.

Kalau mengantuk dan perlu tidur, lakukan selepas 4 jam bersahur. Boleh boleh?

Dr Rizal Abu Bakar
#bahagiandakwahjakim
#sunnahsahur

Itulah sebabnya sahur itu digalakkan kerana ada barakah di dalamnya. Selepas sahur dan solat subuh, kita tidak digalakkan untuk sambung tidur kerana ia tidak bagus untuk kesihatan. Jika anda dah baca info di atas.. berwaspadalah. Apa kata kita membaca al Quran atau pun buat solat dhuha untuk mengisi masa yang ada itu.

Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.