Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/05/09

Duhai Anak, Bacakan Al Mulk Dan Bersedekahlah Untuk Kedua Orang Tua Yang Telah Meninggal Dunia

Kehidupan manusia ada pada dua dunia iaitu sebelum dan selepas mati. Kehidupan di dunia yang fana penuh tipu daya dan hasutan syaitan dan kehidupan selepasnya pula ada juga fitnahnya yang dipanggil fitnah alam kubur. Justeru, berbagilah hidup di dunia dengan amalan yang baik dengan bijaksana agar kita beruntung di kedua-duanya iaitu di dunia dan akhirat.

Antara tuntutan yang perlu dibuat agar kita terselamat di kedua dunia adalah kuasai bacaan al Quran. Kena hadam dan faham betul-betul isi kandungan al Quran. Antara sebab mengapa saya minta kita betul-betul perlu pandai kuasai bacaan Quran adalah kerana asbab SYAFAAT. Al Quran ni ada syafaat di alam kubur & hari kiamat.

Syafaat bermaksud, Al-Quran sebagai Kalam Allah dapat memberi pertolongan, atas izinNya, dalam bentuk syafaat. Ia boleh menjadi perantara untuk menolong kita ketika mempertanggungjawabkan amal kita di hadapan Allah Subhanahu Wata’ala. Jika kita susah nak masuk syurga, nanti al Quran akan datang sebagai pembantu untuk backup mana yang tak cukup, di hari tiada sesiapa pun boleh bantu...

"Dan orang beriman yang diikuti zuriat keturunannya dalam keadaan beriman juga, Kami hubungkan (himpunkan) mereka & zuriatnya di syurga. (Surah Thur: 21).
Bacakan Al Mulk Dan Bersedekahlah Untuk Kedua Orang Tua
Bacakan Al Mulk Dan Bersedekahlah Untuk Kedua Orang Tua

Bacakan Al Mulk Dan Bersedekahlah Untuk Kedua Orang Tua Yang Telah Meninggal Dunia


Selalunya ketika kita dah tua dan rasa tempoh di dunia hampir ke penghujungnya, kita akan pesan kepada anak dengan pesanan-pesanan baik. Contohnya:

- nanti abah dah takde korang jangan gaduh-gaduh,
- harta pusaka tu bahagikanlah baik-baik ikut wasiat,
- bila raya balik jenguk rumah pusaka...

Berikan pesanan yang bermanfaat di alam sini (dunia) dan di alam barzakh nanti. Itu lebih baik..., Sebab, di sana kita ini hidup lagi, cuma bertukar alam je.

Ramai yang tak perasan perkara ni. Mungkin kita fikir apabila meninggal dunia, semuanya terpisah. Sebenarnya ada lagi kesinambungannya, ada hubungannya....

Jadi, lebih baik kita pesan begini kepada anak, untuk kebaikan our own future :

  • Nanti jangan lupa bersedekah untuk mak abah setiap hari. Sebab dulu abah tak sempat nak sedekah banyak kerana besarkan korang...
  • Jangan lupa bacakan Surah Mulk untuk mak abah setiap malam. Nanti ada juga peneman mak di kubur
  • Doakan kebaikan untuk mak-abah setiap hari

Ini yang lebih penting untuk kita pesan & wasiatkan sebab, tak tentu lagi kita selamat dengan amalan sendiri. Kalaulah amalan sedekah pahala tak cukup, boleh juga anak yang masih hidup tolong 'top-up'kan.

Dan doa, bacaan Quran & sedekah ni jangan minta mereka buat setahun sekali masa hari raya saja. Ingatkan mereka, jika benar sayang mak-abah, kasihkan ibubapa, buat amalan dan pesanan yang ditinggalkan seperti di atas itu setiap hari.

Sebab dulu, kita jaga anak sepenuh hati setiap hari,
Kita bagi mereka makan minum setiap hari, bukan seminggu sekali...

Ingatkan anak anda ya....

Sebab, jarang anak yang ingatkan ibubapa mereka yang dah meninggal. Masa meninggal je anak menangis seminggu. Lepas itu mereka enjoy dengan harta pusaka. Mereka fikir kita di alam sana pun selamat & gembira.

Setahun sekali baru nak jenguk kubur baca al Fatihah masa raya.

Saya kira, bukan begitu hubungannya...  Saya fikir, antara tanda anak benar-benar sayangkan ibu-bapanya, ia berpanjangan setiap hari tak kira kita masih hidup ataupun dah kembali ke alam sana.

Ia bantu kita setiap hari dengan doa, bacaan Quran & sedekah yang ikhlas yang BERMANFAAT untuk kita di alam sana.

Dan semua kesedaran ini bermula dengan kita, ibu bapanya sekarang, yang mendidik dan mengingatkan mereka.

Ingatlah, Apa yang kita ingatkan, ajarkan mereka, itulah yang kita dapat.
Ingatlah, Kematian bukan penutup segalanya. Kita masih hidup. Cuma berpindah medium (alam barzah) sahaja

Semoga kita sama-sama doakan ibu-bapa kita yang telah pergi, setiap masa. Pada setiap kesempatan..

Sumber: Ust Asraff Ayobb 

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.