Drama Arluna Di Astro Prima Mulai 8 Mei 2017

Drama Arluna Di Astro Prima Mulai 8 Mei 2017. Drama terbaru yang boleh anda tonton di Astro Prima, drama yang gempak dengan penampilan lakonan hebat daripada Anzalna dan Sharul Ridzwan. Kalau tak silap, ini adalah gandingan kali pertama kedua pelakon dalam drama. Dua-dua pelakon ada pengikutnya sendiri. Semoga berjaya dengan drama ARLUNA ni ya..

Daripada #GempakDrama: Nantikan drama #Arluna lakonan mantap @saharulridzwan dan @anzalnanasir88 bermula 8 Mei ini.. Setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima (105) dan Maya HD (135) #TewasItuTaat

Drama Arluna adalah sebuah lagi drama adaptasi dari novel dengan tajuk yang sama karya Rin Ahmad. Novel ini diterbitkan oleh Kaki Novel. Saya masih lagi menyimpan buku ini...

Drama Arluna Di Astro Prima Mulai 8 Mei 2017
Cover drama Arluna di Astro Prima

Sinopsis Drama Arluna Di Astro Prima Mulai 8 Mei 2017


Tajuk : Arluna
Mula Tayangan : 8 Mei 2017
Masa : Setiap Isnin-Jumaat, 6.00 Petang
Siaran : Astro Prima & Astro Maya HD
Terbitan : Global Station Sdn Bhd
Jumlah Episod: 30

Pelakon : Saharul Ridzwan, Anzalna Nasir, Adeline Tsen, Putri Najuwa, Zoey Rahman, Atilia Haron, Syaffiq Sahli, Susan Manen, Aman Nassim, Bade Arell, Julieana Anna, Fara Syuhada, Nikki, Zalfa Zin, Syafnida Shuhaimi, Watie Sadali


Sinopsis Drama ARLUNA 


Mengisahkan tentang Johan Arif dan Nia Arluna. Pertemuan pertama mereka di Sands Skypark, Singapura tidaklah begitu romantik. Johan secara tidak sengaja membuatkan Arluna jatuh ke dalam kolam. Mereka berjumpa semula apabila semasa Arluna menjadi pelatih di sebuah syarikat milik Raziq yang merupakan kawan Johan. Pertemuan demi pertemuan seterusnya membibitkan rasa cinta di hati masing-masing. Arluna akhirnya menerima lamaran Johan walaupun masih dalam proses mengenal hati budi masing-masing.

Semasa berkahwin muncul bekas kekasih Johan, Fazleen yang mahu Johan dipangkuannya. Fazleen terus mengacau rumah tangga mereka untuk memiliki semula Johan. Mereka sebelum ini pernah bercinta namun mendapat tentangan daripada Hanna, adik Johan. Gangguan demi gangguan akhirnya menggugat kepercayaan Arluna terhadap Johan.

Apa akan berlaku seterusnya? Adakah Arluna kuat dalam menghadapi dugaan yang sering mendatang? Apa rahsia yang tersimpan oleh Hanna tentang siapa sebenarnya Fazleen?


Semoga anda semua terhibur dengan drama yang dikongsikan. Ambil pengajaran dari kisah masyarakat yang dipaparkan. 

Selamat menonton.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.