Cara Buat Bubur Lambuk Sedap

Ramadan dah dekat, teringat waktu berbuka puasa yang kelam kabut, keletihan waktu terawih sebab kekenyangan.. dan kenangan ambil bubur lambuk free dari masjid atau surau berdekatan rumah. Itu semua berlaku bermusim, hanya ada dalam bulan Ramadan. Alang-alang suka sangat makan bubur lambuk, jom kita belajar Cara Buat Bubur Lambuk Sedap dari resepi yang hampir sama dengan kat surau atau masjid tu... ;)

Bila sebut bubur lambuk, kawasan manakah bubur lambuknya yang sedap? Melalui bacaan saya dari Google, banyak tempat yang sedap dalam menghasilkan bubur lambuk bulan ramadan tapi yang paling top adalah bubur lambuk Masjid Kg. Baru KL. So, saya kongsikan resepinya untuk anda...

Resepi Bubur Lambuk Sedap 


Cara Buat Bubur Lambuk Sedap
Bubur lambuk sedap dan lemak ala Kg Baru, jom cuba
Resepinya..

Bahan-bahan:

2 cawan beras [basuh dan toskan]
1/2 biji kelapa, diambil santan pekat
1/2 kg daging tetel [potong kecil]
2 s/b minyak sapi
3 s/b minyak
2 helai daun pandan [basuh dan dikoyak2kan]
garam/gula secukup rasa
air

1 cawan udang kering [rendam air panas dan tumbuk lumat]
1 cawan bawang goreng
4 ulas bawang putih [dimayang]
2 biji bawang besar [dimayang]
1 inci halia [dimayang dan potong jadi macam batang mancis]

Rempah tumis:

1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 sudu kecil halba
2 biji buah keras [ditumbuk]

Bahan rempah [ goreng kering dan mesin halus]


1 sudukecil jintah manis (saya pakai jintan putih)
1 sudukecil ketumbar
1 sudukecil lada sulah
1 sudukecil lada hitam

Bahan-bahan sampingan [optional] :
2 batang carrot dipotong dadu
1/2 cawan kurma dibuang biji

Bahan hiasan [mayang]
3 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang
Bawang goreng

Cara Buat Bubur Lambuk Sedap



1. Panaskan minyak dan minyak sapi

2. Tumis rempah yang telah dikisar tadi, rempah tumis, bawang putih, daun pandan & bawang besar

3. Kemudian masukkan udang kering, tumis lagi. Kemudian masukkan daging. Tumis sehingga naik minyak.

4. Masukkan air dan didihkan sehingga daging separuh empuk.

5. Masukkan beras dan kurma dan tambah air jika nampak kering. Reneh sehingga beras hancur dan daging lembut.

6. Tambah air kalau bubur nampak semakin kering ketika menunggu ia pecah

7. Ketika ini boleh masukkan carrot jika mahu.

8. Apabila beras sudah nampak pecah, masukkan santan pekat dan perisakan dengan garam/gula secukup rasa

9. Bila bubur sudah tanak dan elok, hidangkan dengan bahan-bahan hiasan

Akhir sekali, boleh bubuh dalam mangkuk dan bersedia untuk di makan.. hihi..

Cara Buat Bubur Lambuk Sedap

Saya berharap perkongsian resepi daripada blog Liyasyamel dapat memberikan anda semua peluang memasak sendiri bubur lambuk yang sedap dan secukup rasa.  

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.