Apakah Kebaikan Telur Rebus Untuk Kesihatan?

Apakah Kebaikan Telur Rebus untuk kesihatan? Hari ini nak cerita dan share sikit tentang telur. Siapa yang tak suka makan telur ayam, kan? Dah lah sedap bila masak mata lembu.. atau telur separuh masak. Siram dengan kicap pun cukup.. membuka selera.

Bagi yang gemar diet sihat terutamanya diet Atkins, anda boleh jadikan telur rebus sebagai salah satu menu utama anda

Tetapi, apakah kebaikan yang terdapat dalam kedua-duanya samada telur rebus atau telur goreng? Jom kita baca perkongsian di bawah. Saya akan mengupas kebaikan telur rebus untuk kesihatan.

Apakah Kebaikan Telur Rebus

Apakah Kebaikan Telur Rebus untuk kesihatan?


Jom baca kompilasi kajian pakar tentang telur rebus dan telur goreng yang bagus diambil untuk kesihatan,.

Memakan telur rebus baik untuk kesihatan mata. Telur mengandungi vitamin A yang sangat baik bagi kesihatan mata. Ia boleh menghindari mata dari rabun jauh dan rabun dekat. Jadi, jom makan telur rebus sebagai salah satu menu sarapan pagi anda.

Makan telur rebus setiap hari juga bagus untuk otak. Untuk jangkamasa panjang, telur rebus memberi kesihatan pada otak kerana terdapat kandungan choline didalamnya.

Anemia adalah salah satu penyakit dimana berkurangnya kinerja senyawa didalam sel darah merah yang dinamakan hemoglobin. Hemoglobin memiliki fungsi untuk mengikat oksigen pada sel darah merah untuk mencukupkan keperluan organ lain di dalam tubuh. Anemia membuat pesakit menjadi nampak pucat, mudah penat, dan sering merasa sakit kepala. Oleh sebab itu banyak orang yang menyarankan untuk mengambil telur ketika menderita anemia. Ini kerana didalam telur rebus terdapat senyawa zat besi yang mampu memperbaiki kinerja dari hemoglobin.

Selain itu, telur rebus bagus dalam menjalani proses diet. Memiliki bentuk tubuh yang ideal adalah harapan hampir semua orang terutama wanita. Dengan bentuk badan yang ideal dapat meningkatkan keyakinan diri dalam kehidupan sehari-hari. Salah satu langkah untuk mendapatkan bentuk badan ideal adalah dengan selalu mengambil telur rebus. Jadi, caranya adalah dengan mengambil telur rebus pada waktu sarapan, kemudian makan siang dengan macam biasa dan pada waktu malam mengambil buah buahan sahaja. Dengan cara yang teratur seperti itu dapat membantu menurunkan berat badan kamu yang berlebihan.

Akhir kata, telur rebus lebih baik berbanding telur goreng dan telur separuh masak. Telur rebus ternyata amat baik untuk kesihatan.

Amalkan gaya hidup sihat dan sayangi diri anda sendiri.

2 comments:

  1. Saya pun suka makan telur rebus....👍🏻👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus utk kesihatan.. amalkan selalu, kan..

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.