3 Amalan Terbaik Pada Malam Nisfu Syaaban

3 Amalan Terbaik Pada Malam Nisfu Syaaban. Dalam bulan Syaaban kita digalakkan memperbanyakkan amal kebaikan, amal ibadah yang lebih berbanding sebelumnya. Nabi Muhammad SAW berpuasa lebih dalam bulan Syaaban dari bulan yang lain.

Dalam bulan Syaaban Allah SWT membuka pintu ampunan kepada hambanya yang memohon keampunan, lebihkan istighfar dan bersedekah dengan seikhlasnya.

Dalam sepanjang bulan Syaaban, ada satu hari yang dipanggil Nisfu Syaaban. Mari kita lihat apakah 3 amalan terbaik yang boleh dilakukan dalam malam Nisfu Syaaban. 


3 Amalan Terbaik Pada Malam Nisfu Syaaban

3 Amalan Terbaik Pada Malam Nisfu Syaaban
3 amalan terbaik pada malam Nisfu Syaaban

Terdapat tiga amalan yang dapat dilakukan pada malam nisfu Sya’ban. Tiga amalan ini diambilkan dari kitab Madza fi Sya’ban karya Sayyid Muhammad Alawi Al-Maliki.

1. Memperbanyak doa. Anjuran ini didasarkan pada hadits riwayat Abu Bakar bahwa Nabi Muhammad SAW bersabda,

ينزل الله إلى السماء الدنيا ليلة النصف من شعبان فيغفر لكل شيء، إلا لرجل مشرك أو رجل في قلبه شحناء

Ertinya, “(Rahmat) Allah SWT turun ke bumi pada malam nisfu Sya’ban. Dia akan mengampuni segala sesuatu kecuali dosa musyrik dan orang yang di dalam hatinya tersimpan kebencian (kemunafikan),” (HR Al-Baihaqi).

2. Membaca dua kalimat syahadat sebanyak-banyaknya. Dua kalimat syahadat termasuk kalimat mulia. Dua kalimat ini sangat baik dibaca bila pun dan di mana pun terlebih lagi pada malam nisfu Sya’ban. Sayyid Muhammad bin Alawi mengatakan,

وينبغي للمسلم أن يغتنم الأوقات المباركة والأزمنة الفاضلة، وخصوصا شهر شعبان وليلة النصف منه، بالاستكثار فيها من الاشتغال بكلمة الشهادة "لا إله إلا الله محمد رسول الله".

Ertinya, “Sesungguhnya seorang muslim mengisi waktu yang penuh berkah dan keutamaan dengan memperbanyak membaca dua kalimat syahadat, La Ilaha Illallah Muhammad Rasululullah, khususnya bulan Sya’ban dan malam pertengahannya.”

3.  Memperbanyak istighfar. Tidak ada satu pun manusia yang bersih dari dosa dan salah silap. Itulah manusia. Sehariannya bergelumang dosa. Namun banyaknya manusia berdosa, Allah SWT senantiasa membuka pintu ampunan kepada siapa pun. Oleh sebab itu, meminta ampunan (istighfar) sangat dianjurkan terlebih lagi di malam nisfu Sya’ban. Sayyid Muhammad bin Alawi menjelaskan,

الاستغفار من أعظم وأولى ما ينبغي على المسلم الحريص أن يشتغل به في الأزمنة الفاضلة التي منها: شعبان وليلة النصف، وهو من أسباب تيسير الرزق، ودلت على فضله نصوص الكتاب، وأحاديث سيد الأحباب صلى الله عليه وسلم، وفيه تكفير للذنوب وتفريج للكروب، وإذهاب للهموم ودفع للغموم

Ertinya, “Istighfar merupakan amalan utama yang harus dibiasakan orang Islam, terutama pada waktu yang memiliki keutamaan, seperti Sya’ban dan malam pertengahannya. Istighfar dapat memudahkan rezeki, sebagaimana dijelaskan dalam Al-Qur’an dan hadits. Pada bulan Sya’ban pula dosa diampuni, kesulitan dimudahkan, dan kesedihan dihilangkan.

Demikianlah tiga amalan utama di malam nisfu Sya’ban menurut Sayyid Muhammad. Semua amalan itu menambah baik dan memberi keberkahan kepada orang yang mengamalkannya. Wallahua'lam.


Diharap perkongsian di atas dapat memberikan kita manfaat dan tambahan ilmu untuk memperbaiki diri dari sehari ke sehari dan menjadi muslim yang lebih baik dari sebelumnya.

Selamat beramal dan kongsikan jika bermanfaat.

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.