Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/04/01

Resepi Pulut Kuning Lapis Sedap Dan Lembut

Resepi Pulut Kuning Lapis Sedap Dan Lembut. Biasanya kita nampak pulut kuning dibuat selapis dan berbentuk 4 segi. Tetapi, kali ini saya kongsikan resepi pulut kuning berlapis dan berbentuk bunga matahari.. kreatif kan dia orang.

Resepi ini saya lihat dari sebuah majalah masakan (lupa namanya) dan kemudian ada orang buat masa majlis perkahwinan seorang saudara. Nampak cantik sangat!!. Apalagi, saya pun siarkan kat blog ini. Anda pun boleh cuba membuatnya. Cuma, kena standby serunding daging atau ayam yang segera tu... hihi

Resepi Pulut Kuning Lapis Sedap Dan Lembut


Resepi Pulut Kuning Lapis Sedap Dan Lembut


Bahan-bahan:

1 kg beras pulut
2 cawan santan (1 biji kelapa)
1 sudu makan serbuk kunyit
1 sudu teh gula
500 gram serunding daging atau ayam
2 helai daun pandan - disimpul

Cara menyediakan Pulut Kuning Lapis Sedap Dan Lembut


1. Basuh beras pulut dan rendamkan dengan serbuk kunyit yang telah dibancuh dan ditapis selama 4 atau 5 jam

2. Toskan dan masukkan ke dalam kukusan yang berlubang. Masukkan sekali simpulan daun pandan.

3. Kukus sehingga naik wap

4. Campurkan santan dengan gula dan garam. Kacau sebati

5. Keluarkan pulut dan masukkan ke dalam mangkuk besar

6. Tuangkan santan dan kacau rata

7. Masukkan semula pulut dalam kukusan bersama daun pandan dan kukus lagi sehingga naik wap

8. Keluarkan separuh pulut yang telah masak dan tekan dalam acuan atau loyang

9. Lapiskan dengan serunding daging

10. Masukkan lagi sebahagian pulut dan tekan kemas

11. Terbalikkan dalam punggan dan hidangkan

Selamat mencuba.

Resepi Pulut Kuning Lapis Sedap Dan Lembut

Semoga resepi pulut kuning lapis yang sedap dan lembut di atas dapat memberikan idea baru kepada anda di luar sana untuk mempelbagaikan rupa pulut kuning anda. Lagipun lebih cantik bila dihidang ketika majlis harijadi atau perkahwinan.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.