Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/04/13

Resepi Kerabu Sotong Tomato

Resepi Kerabu Sotong Tomato Masam Manis. Kerabu sotong ni biasanya jumpa masa bulan puasa. Puas jugak saya makan kerabu sotong bila tibanya Ramadhan sebab ada ahli keluarga yang suka makan.. kita pun tumpang sekaki..

Kerabu sotong dijual pada harga RM8.00 di tempat kami, untuk satu polistrine atau bergantung kepada jumlahnya. Harga pun tak sama. Dapatlah semangkuk kecil. Mahal ke murah? Sebab harga sotong pun dah mahal, kerabu sotong pun naik harganya.

Resepi Kerabu Sotong Tomato 

(Resepi : rasa online)



Bahan-bahan:

12 ekor sotong | dihiris bulat
2 biji tomato | dipotong dadu
1 batang serai | dihiris halus
2 tangkai daun ketumbar | dihiris halus
5 biji cili padi | dihiris halus
2 tangkai kacang panjang | dihiris halus
2 biji limau nipis | diambil jusnya
Secubit garam
Gula secukup rasa

Cara menyediakan kerabu sotong tomato


1. Celur/kukus sotong seketika. Angkat dan toskan airnya. Ketepikan.

2. Masukkan sotong, serai, ketumbar, cili padi dan kacang panjang ke dalam mangkuk.

3. Gaul rata. kemudian masukkan jus limau nipis. Gaul hingga rata.

4. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Nikmati segera.

Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak: 30 minit
Jenis hidangan: Melayu
Keistimewaan: Sotong yang lembut serta mempunyai rasa sedikit masam.
Jenis penyediaan: Menu berbuka
Cara memasak: Celur

Kalau ahli keluarga anda tak ramai, boleh lah beli aje di restoran atau bazaar ramadhan. Tapi kalau suka makan berulang, lebih baik buat sendiri. Lebih puas hati. Lagipun cara menyediakan kerabu sotong dengan tomato ni mudah aje..

Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.