Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

Responsive Ads Here

25 April, 2017

Resepi Kek Oren Kukus Mudah Sukatan Cawan Lembut Gebu

Resepi Kek Oren Kukus Mudah Sukatan Cawan Lembut Gebu. Kek oren mudah yang akan saya kongsikan di bawah ini hanya memerlukan beberapa langkah dan semua newbie dalam membuat kek akan boleh membuatnya dengan berjaya sekali! Kek oren lembut gebu pasti jadi idaman semua supaya tidak membazir jika buat kek tapi tak ada orang nak makan.. yak dok?

Ingat lagi kali pertama buat kek, terutamanya kek kukus.. ada aje yang tak kena. Kadang, ada bancuhan terlebih cair menjadikan kek tak naik, macam lembik je.., ada sesekali kek yang dibuat rasa pahit.. mungkin terlebih baking powder dan,sebagainya..

Gambar sumber Google

Tapi kini tidak lagi. Setelah saya tahu ukuran sudu teh, sudu makan, bentuk cawan dan lain-lain alatan memasak kek, saya sudah boleh masak kek kukus dengan jayanya.. hihi..

Menurut chef Wan, jika nak kek gebu, pukul telur satu persatu agar setiap telur masuk udara dN menggebukan kek anda.

Lagi satu, jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.

Resepi Kek Oren Kukus Mudah Sukatan Cawan Lembut Gebu


Bahan-bahan:

5 biji telur
1/2 cawan gula kastor
1 cawan susu pekat
1/2 cawan pati oren sunquick
2 cawan tepung berserbuk penaik
1/2 cawan minyak masak
1 sudu makan ovalette
sedikit pewarna oren


Gambar sumber Google

Cara menyediakan Kek Oren Kukus Lembut Dan Gebu


1. Pukul telur dan gula kastor hingga kembang. Masukkan ovalette dan putar lagi hingga gebu.

2. Masukkan pula susu pekat dan minyak masak. Putar lagi hingga kembang.

3. Gaulkan tepung sedikit-sedikit hingga habis.

4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian diadun dengan warna oren.

5. Tuangkan adunan warna oren, warna asal berselang seli hingga habis ke dalam acuan.

6. Tutup acuan dengan kertas aluminium.


7. Panaskan pengukus, masukkan loyang kek tadi dan kukus dalam api sederhana selama kira-kira 1 jam atau sehingga kek masak. Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil untuk mengelakkan air dari menitik diatas adunan. 

Kek oren sedap dan gebu siap untuk dihidangkan. Tunggu hingga sejuk agar kek oren kukus anda cantik di potong. 

Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.