Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

29 April, 2017

Resepi Ayam Goreng Cili Masam Manis

Resepi Ayam Goreng Cili Masam Manis. Resepi ini saya kongsikan daripada FB dan kelihatan sungguh enak sekali. Ayam goreng cili halia dan rasa masam manis. Mesti jadi idaman kita semua bila dapat masak sedap-sedap untuk family. Semoga anda semua boleh manfaatkan koleksi resepi yang pernah saya kongsikan sebelum ini.

Seperti yang saya kata, kebanyakan resepi yang dikongsikan adalah dari pengalaman sendiri, kawan-kawan dan juga rakan dari media sosial. Selain itu saya mendapatkan inspirasi dari blogger masakan seperti En mat Gebu, Kak Azie, Azlita Masam Manis dan ramai lagi.    

Resepi Ayam Goreng Cili Masam Manis

Resepi Ayam Goreng Cili Masam Manis


Bahan-bahan:
1/4 ekor ayam (potong garam kunyit & goreng) ketepikan
3 biji bawang merah (sederhana besar)
2 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan
4 biji lada merah
6 biji cilipadi
1 atau 2 keping Asam keping
1 sudu teh sos tiram
1 sudu teh cuka
1 sudu teh sos ikan
1 btg serai diketuk
Hirisan bawang besar
Minyak utk meggoreng
Garam gula / gula merah (jika suka)

Cara Menyediakan Ayam Goreng Cili Masam Manis 


1. Kupas dan blend (atau tumbuk jangan lumat sangat) bawang merah/ putih, halia, cili padi, lada merah & belacan. 

2. Masukkan dalam minyak yang dipanaskan (api sederhana) goreng hingga naik bau masukkan sedikit air supaya tak kering sangat sambil masukkan garam, kacau sekejap dan masukkan gula 1/2 sudu teh saja serta sedikit gula merah (jika mahu). 

3. Masukkan sos ikan, sos tiram, asam keping, cuka dan serai yang diketuk tadi.

4. Goreng sampai naik bau, kalau kering sangat letakkan air sedikit mengikut keadaan.
5. Masukkan ayam dengan hirisan bawang besar gaul sehingga bawang itu layu dan boleh padamkan api. 

Marilah sama-sama kita cuba ayam goreng cili halia masam manis seperti di atas, kalau tak silap saya, cara penyediaan bahan-bahannya sama seperti nak masak terung bercili.., cuma ketika masak terung saya tidak letak asam keping, sos tiram dan sos ikan. 

So, silalah cuba ya! 

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.