Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

Responsive Ads Here

15 April, 2017

Reminder! Checklist Utama Dokumen Yang Perlu Anda Bawa Ketika Temuduga

Checklist Utama Dokumen Yang Perlu Anda Bawa Ketika Temuduga | Anda nak pergi temuduga pada hujung minggu ini tetapi panik tak tahu apa nak buat? Anda tak tahu siapa yangnak dicari untuk guide anda menghadapi temuduga? Rileks ya adik-adik... baca artikel ini sampai habis dan anda akan bertenang selepas itu...

Apabila ke sesi temuduga, memang perkara wajib untuk anda membawa beberapa dokumen yang diperlukan oleh pihak HR seperti kad pengenalan, sijil-sijil pelajaran anda dan sebagainya.

Semua dokumen ini mestilah di Photostet dan disarankan untuk mendapatkan pengesahan oleh Pensyarah/ Pengetua/ Pegawai Kerajaan Bahagian 1 atau yang sewaktu dengannya.

Semua dokumen yang telah siap hendaklah dimasukkan ke dalam "Clear Folder" supaya ia kelihatan tersusun dan kemas, ini yang kita panggil sebagai portfolio ringkas.

Ingat 'First Impression Counts'.


Anda mesti memastikan dokumen penting ini dibawa semasa sesi temuduga, tiada alasan tertinggal di kampung atau dimakan haiwan peliharaan anda.

Jika anda kemukakan jawapan begini, bolehlah memohon semula pada tahun hadapan. Sila asingkan folder dokumen asal dan juga dokumen yang sudah difotostet.

Ini merupakan dokumen-dokumen yang penting untuk anda bawa ketika sesi temuduga. Jadikan ini sebagai checklist anda sebelum ke sesi temuduga :
  • Kad Pengenalan 
  • Gambar terkini ukuran passport 4 keping (Gambar Profesional) 
  • Sijil Berhenti Sekolah 
  • Sijil SPM Asal 
  • Sijil Diploma/Ijazah Sarjana Asal 
  • Transkrip Diploma/Ijazah Sarjana Asal 
  • Sijil anugerah yang anda sudah capai (Best student/Dekan/Etc) 
  • Sijil kokurikulum anda, dari tingkatan 4 dan ke atas (Diploma/Ijazah/Master/etc) 
  • Resume & Cover Letter 
* Sijil akademik dan koko semasa sekolah rendah hingga tingakatan 3 tidak perlu dibawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3 sahaja.

Jangan ambil mudah mengenai dokumen-dokumen ini, kerana ia merupakan maklumat penting yang diperlukan oleh pihak HR. Jika sampai-sampai sahaja ketika sesi temuduga. Mereka meminta anda dokumen dan anda tidak dapat memberikannya.

Disitulah bermula “judgement” mereka terhadap calon sama ada layak atau tidak dalam mengisi jawatan kekosongan yang diberikan.

Tapi, sekarang ni bukan susah pun nak buat persediaan pergi temuduga. Ada banyak kit interview yang boleh digunakan. Salah satunya kit interview yang boleh didapati daripada Job Kartel. KLIK DI BAWAH UNTUK INFO LANJUT...

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.