Peluang Wakaf Lot Bangunan Tahfiz Darul Rahman Di Besut Terengganu

Peluang Wakaf Lot Bangunan Tahfiz Darul Rahman Di Besut Terengganu. Artikel ini adalah satu sebaran ke arah usaha meninggikan syiar islam di negara ini dengan cara semampu dan sedaya kita. Gunakan apa cara sekalipun agar usaha membangunkan bangunan tahfiz ini direstui Illahi.

Alhamdulillah, Allah SWT mempermudahkan urusan kita semua. Pelan bangunan tahfiz dah siap lakarannya.

Lokasi tanah & tapak Tahfiz Darul Rahman beralamat di Kg. Gong Kepas, mukim Kampung Raja Besut Terengganu dan betul-betul berada di belakang Masjid Al-Muqarrabin Gong Kepas & bersebelahan dengan Pusat Pengajian Al-Quran Al-Baghdadi Learning Centre Besut.

Tanah juga telah diwakafkan sebahagiannya oleh tuan tanah sendiri kepada pihak Tahfiz Darul Rahman. Mudah-mudahan Allah SWT merahmati dan mempermudahkan urusan tuan tanah atas wakaf yang diberikan.

Peluang Wakaf Lot Bangunan Tahfiz Darul Rahman Di Besut Terengganu


Peluang Wakaf Lot Bangunan Tahfiz Darul Rahman Di Besut Terengganu


Alhamdulillah, setelah perbincangan & mesyuarat dibuat pihak kami telah bersetuju dengan pelan ini dan kos keseluruhan menelan belanja sebanyak RM1.4 juta bagi pembinaan 1 blok bangunan 2 tingkat yang mengandungi asrama pelajar yang memuatkan 40 orang pelajar, kelas pengajian, dewan, pejabat pentadbiran & dapur.

Terima kasih atas doa dan sumbangan sahabat-sahabat sekalian. Mudah-mudahan dengan barokah dan rahmat Allah SWT kita semua memperolehi ganjaran pahala yang berlipat kali ganda. Insya-Allah...

Jom infak teman-teman, sama-sama kita membantu menyiapkan pembinaan 1 blok bangunan untuk fasa pertama pembinaan Tahfiz Darul Rahman.

Kami masih memerlukan dana bagi menyiapkan pembinaan fasa pertama iaitu 1 blok bangunan yang menempatkan asrama pelajar dengan kapasiti 40 orang pelajar, kelas pengajian, dewan, pejabat & dapur.

Pembinaan ini menelan belanja sebanyak RM1.4 Juta. Kami berharap dapat memulakan kerja-kerja pembinaan dalam jangkaan April - Mei tahun ini, Insya-Allah.

Kami juga menerima sumbangan dalam bentuk bahan pembinaan seperti Batu Bata, Simen, Pasir & Mesin atau Jentera bagi melancarkan pembinaan bangunan ini.

Bagi sahabat-sahabat yang ingin infak atau wakaf bolehlah salurkan ke Maybank Islamic Tahfiz Darul Rahman :-

MBB 5630 4631 8953

TAHFIZ DARUL RAHMAN
.
Maklumkan SMS @ Whatsapp sumbangan anda kepada:-
.
019-904 2888 (Ustaz Kasyidi Al-Baghdadi)
013-907 3999 (Cikgu Hjh. Wan Kursiah)
019-959 7006 (Tuan Che Yee)
019-956 6827 (Tuan Syafiq)
.
** kos pembinaan blok bangunan ini dijangka menelan belanja melebihi RM1.4 Juta. Kami masih mengalu-alukan infak, zakat atau wakaf bagi merealisasikan pembinaan bangunan ini.
.
Mohon sahabat-sahabat sebarkan /viralkan post ini sekurang-kurangnya. Mudah-mudahan kita semua dirahmati & diberkati Allah SWT. Allahumma Amin..
.
NOTA: MOHON KERJASAMA TUAN DAN CIK PUAN YANG BAIK HATI UNTUK SHARE DAN SEBARKAN USAHA AGAMA INI.

Semoga usaha kecil dari aynorablogs.com ini dapat membuka lebih luas pintu rezeki dan dipermudahkan urusan membina bangunan tahfiz Darul Rahman di Besut Terengganu ini. Dan, saya doakan pembaca yang terbaca dan seteusnya membuat sedekah bagu urusan usaha agama ini sentiasa dalam rahmat dan redha Illahi. Insyaa Allah.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.