Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/04/03

Koleksi Mutiara Kata Motivasi Dari Dr Muhaya

Koleksi mutiara kata motivasi dari Dr Muhaya. Saban waktu kita memerlukan motivasi dan kata-kata semangat buat teman dalam perjalanan hidup. Kadangkala apa yang kita lakukan belum cukup untuk memberikan inspirasi kepada jiwa. Justeru kita perlukan kata dorongan dan inspirasi untuk melonjakkan semangat untuk lebih berjaya. Itulah perlunya kata-kata mutiara yang membantu kita, emosi kita. Coretan kalam sufi, "Hak seorang kawan: Jika engkau tidak mampu memberi bantuan kepadanya, janganlah pula engkau memberi kesusahan kepadanya. Jika engkau tidak mampu menggembirakannya, Janganlah pula engkau mendukacitakannya. Jika engkau tidak mampu memujinya, Janganlah pula engkau mengejinya." - Kalam Sufi

Orang bijak adalah dia yang hari ini mengerjakan apa yang orang lain akan mengerjakannya tiga hari kemudian ..

Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut. 

Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan".

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yang mensia-siakan sahabat yang telah dicari"

"Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yang diwarisi daripada nenek moyang."

"Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak berteman.."

"Lidahmu adalah bentengmu, jika engkau menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika engkau membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"

"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

Biodata Ringkas Dr Muhaya 


Nama Penuh: Dr Muhaya binti Mohamad
Usia: 54 tahun
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Nama suami: Dr Azmi Jamion
Jawatan suami: Doktor perubatan (klinik sendiri)
Anak: Dr Noor Aniah (doktor optalmologi, kini melanjutkan pelajaran) Dr Noor Atiyah (doktor perubatan)

Pendidikan:

- 1980 - 1985 : Ijazah Sarjana Muda Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
- 1986 - 1991 : Sarjana Surgeri Oftalmologi UKM
- 1998: PhD dalam bidang Ocular Immunology di Universiti London

Kerjaya

- Profesor Oftalmologi AUCMS
- Pakar Inspirasi dan kolumnis majalah
- Pakar Perunding mata dan Pengarah Pusat Lasik dan Mata, Pusat perubatan Prince Court, Kuala Lumpur 

Pencapaian:

- Wanita Islam pertama Malaysia mendapat pengiktirafan sebagai ahli Fellow Royal College of Surgeons (FRCS) di Edinburgh
- Menerbitkan buku berkonsepkan inspirasi antaranya Bahagia dan Membahagiakan, Celik Mata Reset Minda dan Peliharalah Matamu.
- Matlamat: "Menjadikan setiap insan hidup dalam kesedaran ketuhanan dan bukannya kesedaran Keegoan. Menjadi insan yang bahagia serta dapat membahagiakan orang lain adalah satu anugerah tidak ternilai"

Kokeksi Mutiara Kata Motivasi Dari Dr Muhaya 



Koleksi Mutiara Kata Motivasi Dari Dr Muhaya

1) Bahagia bukan datang dari manusia. Ia datang dari Allah yang dikurniakan kepada mereka yang ikhlas.

2) Latih diri tidak minta diri dihargai, dihormati di buat istimewa. Hidup biasa aja dan sibukkan diri menghargai bukan minta dihargai dan disebut kebaikan.

3) Orang yang tidak nampak kuasa dan takdir Allah telah buta mata hatinya. Mereka hanya melihat peristiwa atau kejadian tetapi tidak melihat kuasa Allah diatas semua kejadian. Apabila dikeji mereka tidak mengambil ia sebagai cara mendapat feedback sebaliknya memarahi orang yang mengkritik dan tidak melihat kuasa yang mengizinkan kritikan itu. JIka celik mata hati mereka akan menganggap sebagai cara mengetahui kelemahan diri dan berusaha memperbaiki

4) Hati yang gelap ibarat lampu yang rendah Wattnya amat sedikit yang dapat dilihat. Hati yang terang ibarat lampu Watt yang tinggi dapat melihat sejauh mungkin. Terangkan hati dengan ilmu. Apa kita surf semasa di alam maya menentukan Watt hati kita. Buat pilihan yang baik setiap saat

5) Jangan sekali kita rasa berjasa memberi hidayah pada orang. Allah yang memberi hidayah. Ingatan untuk semua pendakwah dan sesiapa yang menyeru pada kebaikan. Sentiasa pulangkan semua kebaikan pada Allah. Manusia semua alat sahaja.

6) Bila manusia dekat pada Allah dan berserah dan tawakkal segalanya akan mudah dan tenang, Setiap kali kita mempunyai emosi negatif segera ubah dan ingat mati dan padang mahsyar . Ini formula terbaik untuk tenang dan bahagia. Fokus pada dunia melemahkan manusia tapi fokus pada akhirat menguatkan manusia.

Koleksi Mutiara Kata Motivasi

7) Setiap kali kita ada emosi atau fikiran negatif terhadapa diri dan orang lain lagi susah rezeki dan susah tercapai hajat. Lihat diri dan hidup kita sekarang. Inilah gambaran fikiran dan kebergantungan pada Allah. Jika kita degil dengan Allah henti meminta tolong dari makhuk Allah kerana Allah yang menggenggam hati manusia untuk menolong kita

8) Jika kita amalkan merenung diri dan mendekatkan diri pada Allah tidak ada masalah tetapi peluang belajar dan cara mendekatkan diri pada Allah. Hanya mereka yang jauh dari Allah dan tinggi ego yang sentiasa mengalami tekanan dan mencari penyelesaian masaalah diluar diri mereka dan mencari sebab pada orang lain masalah mereka.

9) Seorang teman sejati akan membuat anda hangat dengan kehadirannya, mempercayai akan rahsianya dan mengingat anda dalam doa-doanya.

10) Senyum tidak hanya akan menampilkan wajah yang cerah, namun juga menghangatkan jiwa.

11) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.

12) Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.

13) Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
(Khalifah Abdul Malik bin Marwan)

Itulah sebahagian Koleksi Mutiara Kata Motivasi Dari Dr Muhaya yang dapat dikumpulkan, yang saya ambil dari Facebook beliau, daripada forum cari dan banyak lagi. Sekiranya anda ada mutiara kata motivasi daripada Dr Muhaya, anda boleh kongsikan di ruangan komen.

Sebarkan bahagia...  

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.