Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

05 April, 2017

Cara Letak Iklan Dalam Blog Untuk Mudah Buat Sales

Cara Letak Iklan Dalam Blog Untuk Mudah Buat Sales. Anda letak iklan dalam blog tapi tak dapat sales? Anda kecewa? Putus asa and kemudian, buang iklan itu. Iklan percuma atau berbayar, jika salah letak dalam blog, memang hancur!! Itulah pengalaman saya selama ini.

Tapi, sejak saya tahu dan ada pengalaman sendiri tentang jualan yang meningkat bila letak iklan dengan betul, maka saya akan kongsikan dengan anda semua.

Cara Letak Iklan Dalam Blog Untuk Mudah Buat Sales

Cara Letak Iklan Dalam Blog Untuk Mudah Buat Sales


Cara letak iklan dalam blog dan mudah buat sales ialah iklan di bawah tajuk post atau post title. Ini memang awesome!!

Dengan letak iklan banner Sweet Muslimah, saya hari-hari dapat buat sales. Sebelum ini nak buat sales sebulan pun susah. Hmmm... alhamdulillah. Sebagai contoh, saya mula praktik benda ni awal bulan March, keesokannya saya terus dapat buat jualan hampir setiap hari. Lihat gambar di bawah.


Selain daripada perletakan banner iklan di bawah tajuk post, blog anda pun kena rajin update dan promote produk yang diiklankan. Barulah seimbang dan banner itu mendatangkan hasil.

Setelah anda buat semua kerja yang berkaitan produk, anda dah buat promosi, dah letak iklan ditempat yang betul... anda juga kena pastikan bahawa trafik blog juga cantik.. trafik blog datang dari enjin carian Google di mana ia antara trafik yang berkualiti.

Dah, itu je..

Selamat mencuba, berblog biar sampai ada hasilnya... cuba hingga berjaya. Orait!!

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.