Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/03/03

Resepi Udang Galah Masak Lemak Tempoyak

Resepi Udang Galah Masak Lemak Tempoyak. Udang galah besar saiznya. Harga sekilo udang galah boleh mencecah RM80 hingga RM100. Bergantung kepada saiznya juga...

Macam saya tak ada masalah mendapatkan bekalan udang galah sebab sang hero suka memancing. Seminggu sekali dapat sekilo lebih, dan sempat juga berbagi rezeki dengan adik beradik.. hihi

Kita layan dulu gambar udang galah masak tempoyak ya..



Resepi Udang Galah Masak Lemak Tempoyak


Resepi ini asalnya dari majalah mingguan wanita. Kemudian saya salin dalam blog dan ubah suai sedikit bagi disesuaikan dengan citarasa sendiri.

 

Bahan-bahan:

800 gram udang galah
80 gram bawang merah - dikisar
50 gram kunyit hidup - dikisar
40 gram cili padi - dikisar
2 batang serai diketuk
100 gram tempoyak
2 biii kelapa parut - dibuat santan
2 keping asam keping
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara Menyediakan Udang Galah Masak Lemak Tempoyak


  • Masukkan bahan kisar bersama serai dan tumis hingga pekat tanpa menggunakan minyak
  • Kemudian masukkan sedikit air dan biarkan sampai mendidih. Jangan lupa masukkan asam keping
  • Masukkan tempoyak dan kacau perlahan. Gaul bahan tadi sampai sebati
  • Taburkan bahan perisa secukupnya bersama perahan santan. Kacau perlahan bagi mengelakkan santan pecah
  • Setelah mendidih. Masukkan udang galah dan kacau perlahan lahan hingga masak.
  • Hidangkan dengan nasi panas.

Selamat mencuba. Resepi udang galah masak tempoyak boleh juga dicampurkan dengan nenas, untuk menaikkan rasa manis udang tersebut. Biasanya untuk masak lemak tempoyak ni, saya akan biarkan udang galah seperti asal tanpa membuang kepalanya.. sebab nanti boleh ratah tulang temulang udang galah.. hihi

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.