Resepi Bubur Kacang Biji Sagu Menambat Hati

Jom kongsi resepi bubur kacang hijau kegemaran kami sekeluarga. Nak buatnya mudah dan kos pun murah. Kalau ada durian.. itu dah dikira bonus.

Resepi Bubur Kacang Biji Sagu Menambat Hati. Hihi.. tajuk tak nak kalah kut! Mestilah nak letak nama resepi yang sesedap mata memandang dan rasanya. Saya pakar tau masak bubur kacang (hijau) dengan sagu biji. Kalau masak bubur kacang hijau mesti nak letak sagu biji, lagi-lagi yang warna warni. Memang menambat hati sungguh!

Segala jenis bubur samada nasi atau kacang memang ada penggemarnya kat rumah kami. Seminggu sekali mesti kena masak antara keduanya. Nak kata apa, layan aje lah.. bukan susah pun nak buat.

Resepi Bubur Kacang Biji Sagu Menambat Hati


Bahan-bahan:

Kacang hijau - anggaran RM2
Gula melaka @ gula merah - anggaran RM1
1 tangkai daun pandan
1 bungkus santan kotak (kotak kecil)
Segenggam biji sagu
Gula pasir secukupnya
1 inci halia - hiris kasar
Sedikit garam (untuk rasa lebih lemak)

Cara menyediakan Bubur Kacang Biji Sagu Menambat Hati


Resepi Bubur Kacang Biji Sagu Menambat Hati

1. Rendam kacang hijau semalaman dan rebus sehingga empuk. Saya masukkan sekali garam, halia.

2. Bila kacang dah empuk, masukkan santan cair, gula pasir, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk kacang hijau tadi dan masak sehingga mendidih di atas api perlahan, kemudian masukkan pula sagu.

3. Akhir sekali masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan supaya santan tidak berketul.

4. Perasakan bubur kacang anda, supaya kuah dapat menyeimbangi rasa manis dan lemak masin.

5. Tambahkan air jika kuah terlalu pekat. Angkat dan hidangkan bubur kacang hijau bersama roti atau makan begitu sahaja.

Siap pun! Jom cuba. Anda tak rugi ikut resepi bubur kacang biji sagu menambat hati ini. Kongsikan pada rakan-rakan jika suka! Bye!


No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.