Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/03/05

Doa Agar Pasangan Terpelihara Dari Melakukan Maksiat

Doa Agar Pasangan Terpelihara Dari Melakukan Maksiat. Macam-macam usaha boleh dilakukan untuk kita daripada melakukan dosa atau maksiat. Selain dari usaha berterusan secara fizikal untuk menjadi hamba Allah yang terbaik, kita juga digalakkan untuk berdoa bersungguh-sungguh untuk memelihara diri kita dan pasangan daripada melakukan maksiat.

Antaranya, jangan pernah melupakan untuk senantiasa mendoakan suami atah isteri tercinta agar terhindar dari godaan di luar dan perbuatan maksiat. Jangan pernah bosan untuk berdoa dan memohon kepada Allah SWT untuk kehidupan rumah tangga menjadi lebih baik lagi.

Doa Agar Pasangan Terpelihara Dari Melakukan Maksiat

Doa Agar Pasangan Terpelihara Dari Melakukan Maksiat


Oleh kerana itu, bacalah doa ini setiap saat, terutama setelah melaksanakan solat:

“Allahumma innaa nas-alukat taubata wa dawaamahaa wa na'uudzu bika minal ma'shiyyati wa asbaabihaa wa dzakkirnaa bil khaufi minka qabla hujuumi khatharaatihaa wahmilnaa 'alan najaati minhaa wa minat tafakkuri fii tharaaiqihaa wamhu min quluubinaa halaawata majtanainaahu minhaa wastabdilhaa bil karaahati lahaa wath thama'i limaa huwa bidhiddihaa.”

Artinya: "Wahai Allah, kami memohon kepada-Mu petunjuk sehingga kami senantiasa bertaubat atas segala dosa dan kesalahan kami. Dan aku berlindung kepada-Mu dari perbuatan maksiat dan sebab-sebabnya, dan jadikanlah kami selalu ingat kepada-Mu, sebelum datangnya hasrat untuk berbuat maksiat yang penuh bahaya. Selamatkanlah dengan adanya perasaan benci selalu terhadap perbuatan maksiat serta terbitkanlah dalam hati kami adanya rasa loba untuk berbuat sebaliknya."

Demikianlah informasi doa yang dibaca agar suami atau isteri tidak tergoda dengan wanita atau lelaki lain dan terhindar dari maksiat. Jika anda seorang isteri, sudah selayaknya selalu mendoakan suami agar mendapatkan kebaikan di dalam rumah tangga. Selain itu, dengan senantiasa berdoa akan membuat hati menjadi lebih tenang kerana selalu ingat kepada Allah SWT.


No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.