Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

Responsive Ads Here

02 February, 2017

Pageview Blog Bulan Januari 2017 Lebih 1 Juta

Pageview Blog Bulan Januari 2017 Lebih 1 Juta. Sekali lagi aynorablogs telah berjaya memperoleh pageview cecah 1 juta bagi bulan Januari yang lalu. Admin ingat tak dapat capai PV lebih 1 juta tetapi.., alhamdulillah masih ada cahaya dalam berblog..

Nak dapat PV yang tinggi begitu, kita sebenarnya kena istiqamah update blog. Memang ada masanya kita down, langsung tiada idea untuk dikongsikan. Tak mengapa. Update sedikit demi sedikit , perlahan-lahan tetapi jangan berhenti. Sekali anda stop, anda akan kehilangan banyak peluang dan rakan pembaca yang setia.

Pageview Blog Bulan Januari 2017 Lebih 1 Juta


  

Daripada print screen di atas, admin kongsikan PV blog pada bulan Januari yang lepas iaitu sebanyak 1,190,284. Satu jumlah yang ada peningkatan daripada bulan Disember sebelumnya. 

PV yang banyak dalam bulan Januari adalah disebabkan artikel berkenaan resepi masih lagi dicari-cari oleh pelayar internet. Hampir top ten entry diungguli oleh artikel dalam label resepi.

Selain itu, admin percaya ilmu berblog yang betul dan kandungan blog yang bermanfaat adalah tunjang kepada keteguhan sesebuah blog. Jika blog ada pengikut yang ramai tetapi kandungan blog kurang bermanfaat, ia petanda yang kurang bagus. Sebab apa? Kita menulis sesuatu biarlah ada akhiran yang baik. Membawa banyak manfaat kepada audien yang lebih luas di luar sana.

Sebagai blogger, kita bukan suka-suka menulis tanpa arah tujuan. Betul tak?

Tulislah sesuatu yang akan membahagiakan mu di akhirat nanti.

Anda boleh baca tulisan-tulisan admin tentang kehidupan, resepi, petua, renungan, motivasi dan banyak lagi.

Selamat membaca.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.