Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/02/20

Doa Penuh Kemuliaan Untuk Simati

Doa Penuh Kemuliaan Untuk Simati. Kebelakangan ini kita ada banyak menerima berita agak menyedihkan, berita perang, berita kematian dan macam-macam lagi berita viral dalam media sosial. Ketika bersedih, menuliskan ucapan takziah ketika menerima berita kematian, terkadang kita lupa mengucapkan kata yang baik-baik buat simati. Kata-kata adalah doa. INNALILLAH .. kematian adalah rahsia Allah, jangan dipermainkan..

Jadi, bagaimana seharusnya kita mesti menulis atau mengucapkan kepada waris simati. Bagaimana pula cara kita mendoakan simati dari jauh.

Doa Penuh Kemuliaan Untuk Simati

Dengan itu, saya kongsikan doa penuh kemuliaan buat simati agar bila ramai ikut mengucapkan doa yang sama, maka doa itu sampai kepada Rabbul Izzati.. dan Malaikat ikut sama mendoakan..

Doa Penuh Kemuliaan Untuk Simati 


Mari sama-sama kita mendoakan simati dengan memuliakannya. Bersangka baik dalam doa-doa kita, mengharapkan syurga terindah Allah menjadi tempat terakhir untuk simati.

 إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ 

Al-Fatihah...

بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
آمِّيْن...

Ya ALLAH.. ampunkanlah dosanya, limpahkan rahmat kepadanya, selamatkan dia dan ampunkan kesalahannya. Muliakan kedudukannya, luaskan tempat tinggalnya, mandikan dia dengan air, salji dan air sejuk. Bersihkannya daripada kekotoran dosanya sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dengan rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka.

Semoga roh arwah ditempatkan bersama dengan para nabi, siddiqiin, shuhada dan solihin.
اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن...

Insyaa Allah, kita semua mengharapkan akhiran hidup yang baik.. khusnul khotimah. Semoga Allah SWT memperkenankan doa-doa hambaNya yang mengharapkan.

Boleh share kepada rakan-rakan agar semua mendapat manfaatnya.

Bacaan di bawah juga mungkin bermanfaat buat anda. Selamat beramal.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.