Doa Dan Amalan Elak Rumah Dipecah Masuk Pencuri

Doa Dan Amalan Elak Rumah Dipecah Masuk Pencuri. Ada satu doa yang almarhum ayahanda saya ajarkan ketika nak pergi temuduga kerja dulu. Doa ini beliau ajarkan juga jika ada orang jahat tahan kita kat tengah-tengah jalan, atau bila berdepan dengan bos yang zalim. Dan kini, tak sangka doa ini ustaz cadangkan untuk dibaca jika nak elakkan pencuri masuk rumah atau kedai kita. Bayangkan, besarnya fadhilat dan maksud tersirat dalam ayat al Quran, jika kita tahu maksud dan kegunaannya.

Apakah doanya itu?

Doa dan amalan elakkan rumah atau kedai dimasuki pencuri adalah dengan membaca Surah Yasin ayat ke 9.

Doa Dan Amalan Elak Rumah Dipecah Masuk Pencuri
Doa Dan Amalan Elak Rumah Dipecah Masuk Pencuri

Doa Dan Amalan Elak Rumah Dipecah Masuk Pencuri


DOA dan AMALAN mengelakkan rumah, pejabat atau kedai anda yg ditinggalkan dari dimasuki atau dicerobohi oleh si PENCURI/PEROMPAK atau yang sama waktu dengan JIN/SYAITAN/IBLIS.

Ketika rumah, pejabat atau kedai anda telah dikunci dengan rapi, maka letakkan TAPAK TANGAN KANAN anda ke pintu atau dinding rumah, pejabat atau kedai dan bacalah ayat-ayat DOA seperti berikut ::

1⃣ Mengucap DUA KALIMAH SYAHADAH ~ (1 kali)
2⃣ Berselawat keatas Nabi SAW ~ (3 kali)
3⃣ Baca Ayatul Qursi ~ (1 kali)
4⃣ Baca surah Yasin (ayat ke : 9) ~ (1kali)

"Wa ja'alna mim baini aidihim saddaw wamin kholfihim saddan fa aghsyaina hum fa hum laa yubsiruun"

Maksudnya :: "Dan KAMI adakan dihadapan mereka dinding-dinding dan dibelakang mereka dinding-dinding (pula), dan KAMI menutup mata mereka sehingga mereka tidak dapat melihat".

5⃣ Lafazkan "BISMILLAHITAWAKKALTUA'LALLAH" ~ "LA HAULAWALA KHUWATA I'LLA BILLAH 'ILL 'ALIYIL 'AZIIIM" ~ (1 kali)

Petikan dari kuliah :: Al-Fadhil Ustadz Fadhly Syam 

Harapan saya agar doa dan amalan dengan Surah Yasin ayat 9 di atas memberikan banyak manfaat dan kegunaan kepada pembaca blog ini dan diri saya dan keluarga juga. Semoga bertambah lagi ilmu kita tentang kebesaran ayat-ayat Allah, jika kita rajin mengkajinya.

Wallahua'lam..

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.