Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/02/19

Cara Mudah Jana Income Dari Lynk.my

Cara Mudah Jana Income Dari Lynk.my. Lynk.my adalah servis pemendekan url syarikat berpengkalan di Malaysia. Lynk.my sama juga seperti Adf.ly, Goo.gl dan banyak lagi yang sejenis dengannya. Servis pemendekan url dari Lynk.my ni, dah lama juga saya tahu iaitu sejak join satu contest SEO beberapa tahun dulu. Jadi, ia bukan asing bagi saya dan blogger yang selalu guna servis tersebut.

Ha.. mesti ramai yang tak sabar nak tahu macam mana nak jana income dari Lynk.my? Caranya mudah saja, anda cari satu link cerita atau berita yang anda suka, copy link tersebut di Lynk.my, paste dan pendekkan (shrink) dan copy semula selepas url itu jadi pendek. Url yang telah dipendekkan itu anda share la di seluruh media sosial yang anda ada seperti Twitter, Facebook, Google plus, dan banyak lagi.

Mana datangnya income? Sabar yek.. hihi, bila orang klik link anda itu, barulah anda jana income dari situ. Yaa.. mungkin jumlah nya kecil tetapi jika link itu diklik 19,000 orang, anda akan dapat RM190. Banyak tak?

Tiru cara saya jana income mudah dengan Lynk.my?


Pada mulanya saya pun macam anda, komisen ciput macam tu mana nak cari makan.. ya dak? Jangan prejudis. Rezeki kalau diusahakan dan digunakan dengan ilmu yang betul, maka akan nampak hasilnya. Rezeki tak silap alamat..


Analisis dari Lynk.my sejak 3 hari lalu saya guna banner untuk backlink ke Lynk.my. Sebelum ini memang tak pernah dapat sale pun.. haha


Itulah cara saya pecahkan kebuntuan jana income dari Lynk.my.  Saya cipta banner dan link kan dengan link website yang telah dipendekkan guna servis Lynk.my. Jika anda nampak banner gif yang ada dalam blog ini, Itu adalah banner saya untuk Lynk.my.

Gunakan idea kreatif anda untuk tarik minat orang untuk klik link anda. Jika guna cara biasa, anda mungkin akan lambat dapat hasilnya.

Statistik Lynk.my setelah guna banner untuk kongsi url yang telah dipendekkan. Baru dua hari cuba, lihatlah hasilnya. Daripada 8 klik sehari meningkat kepada 50 klik sehari. Dapatlah RM0.50 sehari, itu jika blog anda kurang popular macam saya. Cuba jika blog anda ada trafik 50,000 sehari. Kalau yang klik 10,000 pun dah dapat RM100 sehari. Okay tak??

Alhamdulillah. Bersyukurlah dengan rezeki yang diperolehi. Mungkin RM0.50 sehari boleh jadi RM50 sehari.. siapa tahu. Yang penting guna ilmu dengan betul untuk kongsikan cerita atau berita yang betul.

Susah sangat, share aje resepi yang bertimbun kat Google tu... haha, selamat berjaya.

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.