Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/02/20

Cara Daftar Kad Debit Baucar Buku 2017 Di Bank Rakyat

Cara Daftar Kad Debit Baucar Buku 2017 Di Bank Rakyat - Bagi student yang nak dapatkan baucar buku 1 Malaysia bernilai RM250, anda kena uruskan sendiri dengan membuka akaun simpanan dan dapatkan kad debit dari Bank Rakyat berhampiran anda.

Ada student yang tidak tahu dan menyangkakan ia diuruskan oleh KPT seperti sebelum ini. Pihak universiti menegaskan student/pelajar kena uruskan sendiri tentang baucar buku 1Malaysia itu. Pihak KPT telah berurusan terus dengan Bank Rakyat dan bukannya dengan pihak Universiti.

Seperti termaktub dalam pembentangan Bajet 2017, sistem baucar buku dimansuhkan dan kini digantikan dengan sistem baharu iaitu debit kad pelajar.

Tujuannya adalah untuk memastikan tiada lagi penyalahgunaan baucar buku seperti dilaporkan sebelum ini.

Cara Daftar Kad Debit Baucer Buku 2017 Di Bank Rakyat
Cara Daftar Kad Debit Baucer Buku 2017 Di Bank Rakyat

Untuk makluman pelajar, kadar kad debit pelajar untuk beli buku dan alat tulis masih kekal dengan harga RM250.

Cara Daftar Kad Debit Baucar Buku 2017 Di Bank Rakyat


Untuk mendapatkan BB1M, anda boleh call terus Bank Rakyat di talian 1300 80 5454. Pihak Bank Rakyat akan menyarankan anda mengisi borang Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi dan WAJIB diisi oleh pelajar itu sendiri. Kemudian, anda akan terima emel daripada Bank Rakyat untuk datang ambil/ collect kad debit tersebut.

Jika anda sudah ada kad debit bank rakyat, anda msaih kena isikan borang Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi tersebut. Pihak Bank Rakyat akan wujudkan akaun lain yang berasingan daripada akaun kad debit sedia ada.

Kaedah penggunaan tidak sama macam voucher buku sebelum ini. Kali ini. Bank Rakyat dengan kerjasama KPT akan memberikan RM250 kepada student melalui kad debit ini dan terpulang kepada student untuk menguruskan duit RM250 itu.

Daftar sendiri online di website Bank Rakyat,
http://www.bankrakyat.com.my/bppt/
bermula 16.2.2017

Sesiapa yang masih belajar di IPT sila daftar di Bank Rakyat untuk dapatkan kad debit yang akan dimasukkan RM250, (baucar buku 2017)

Dokumen-dokumen yang diperlukan:

Umur di bawah 18 tahun:
~ Mykad (asal & salinan)
~ Kad Pelajar (asal & salinan)
~ Surat kebenaran dari ibu/bapa
~ 1 salinan Mykad ibu/bapa/penjaga
~ Sijil Kelahiran (asal & salinan)

Umur 18 tahun & ke atas:
~ Mykad (asal & salinan)
~ Kad Pelajar (asal & salinan)


KENYATAAN MEDIA

SEMAKAN STATUS KADS1M ATAS TALIAN


Mulai 1 Jun 2017, Bank Rakyat akan menyediakan satu sistem semakan status permohonan KADS1M yang boleh diakses secara atas talian.  KADS1M berkenaan boleh diambil oleh pelajar dari Cawangan Bank Rakyat di seluruh negara berdasarkan maklumat yang didapati semasa membuat semakan.

Kementerian Pendidikan Tinggi meminta pelajar yang masih belum membuka akaun dengan Bank Rakyat untuk segera berbuat demikian. Bagi pelajar yang telah mempunyai akaun dengan Bank Rakyat sebelum ini, mereka juga masih perlu membuka akaun baru kerana bantuan tersebut akan hanya disalurkan menerusi akaun KADS1M Bank Rakyat.

Bagi pelajar yang telah menerima e-mel dari Bank Rakyat, mereka diminta untuk mengambil KADS1M masing-masing. Ini adalah kerana masih ramai pelajar yang belum berbuat demikian walaupun telah dimaklumkan oleh Bank Rakyat.

Semua urusan agihan Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi melalui KADS1M ini dijangka selesai selewatnya pada 15 Julai 2017.

Kementerian Pendidikan Tinggi
Putrajaya
26 Mei 2017

Kongsikan maklumat Cara Daftar Kad Debit Baucar Buku 2017 Di Bank Rakyat kepada rakan-rakan anda, semoga dipermudahkan semuanya.

3 comments:

  1. Terima kasih.. saya dah jumpa jawapan kepada persoalan saya selama ini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. diharap berguna kepada student yg nak buat kad siswa di Bank Rakyat.

      Delete
    2. **Kad Debit Diskaun Siswa 1 Malaysia (KAD1SM Debit)

      Delete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.