Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/02/25

3 Cara Terbaik Tingkatkan CPC Google Adsense Anda

3 Cara Terbaik Tingkatkan CPC Adsense Anda. Adsense oh adsense! Bila la nak naik CPC ni, asyik di takat tu aje.., keluhan seorang blogger yang ada akaun Adsense. Saya kenal adsense sejak tahun 2008 dan pada ketika itu mohon pun sebab suka-suka. Bila buka blog aje, iklan Adsense yang selalu datang kat dashboard.. dapat akaun Adsense tapi pasang banner dia orang main-main je. Lagipun masa tu, berblog setakat tulis 50 entri setahun. Tak buat ping entri di mana-mana media sosial atau group yang berkaitan dengan tulisan kita. Memang hancur Adsense masa tu.

3 Cara Terbaik Tingkatkan CPC Google Adsense Anda

Tapi sejak tahun 2011, saya bangkit semula, rebranding blog, gunakan template mesra SEO dan responsive. Akhirnya income Adsense saya naik mendadak hingga melebihi USD100 sebulan. Barulah saya serius jana income dengan Google Adsense ni..

3 Cara Terbaik Tingkatkan CPC Google Adsense Anda


Pertama, buat blog yang ringkas, warna putih lagi bagus. Paling banyak pun, gunakan kombinasi 3 warna sahaja. Tak tahu warna yang sesuai untuk blog?

Baca kombinasi warna yang mesra SEO yang pernah saya tulis sebelum ini.

Kedua, tulis entri at least 3 kali sehari. Maksudnya kerap update blog agar lebih banyak high paying keywords singgah diblog. Kalau tulis blog rojak pun tak mengapa tetapi anda mesti terapkan ciri-ciri SEO dalam artikel anda itu.

Akhir sekali, pastikan blog anda meletakkan iklan yang mudah dilihat oleh pengunjung blog. Berdasarkan pengalaman saya, semakin tinggi keupayaan iklan dilihat, maka semakin tinggi pula CPC yang diberikan sistem Google terhadap setiap iklan yang terpapar.

Semoga ada sedikit manfaat terhadap tulisan di atas yang membicarakan tentang 3 cara terbaik tingkatkan CPC Google Adsense anda.

Semoga berjaya.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.