Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/01/27

Resepi Bubur Kacang Paling Mudah Dan Sedap

Resepi Bubur Kacang Paling Mudah Dan Sedap. Bubur kacang simple yang paling sedap di bawah ini admin kongsikan hasil dari pengalaman sendiri. Buat bubur kacang ni pun atas permintaan si kecil yang rindukan masakan di taska. Jadi admin pun layankan aje..., hihi

Sikecil siap berpesan nak bubur kacang yang simple macam kat taska, katanya..

Bubur kacang simple ini admin hanya guna santan, kacang dan biji sagu. Jom tengok resepi bubur kacang simple tapi sedap olahan admin sendiri.

Resepi Bubur Kacang Paling Mudah Dan Sedap


Resepi Bubur Kacang Paling Mudah Dan Sedap


Bahan-bahan:

1 bungkus kacang hijau - rendam dengan air 4 jam
1 kotak santan
1 inci halia - dihiris
Gula dan sedikit garam
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan sagu biji - rendam dalam air 1/2 jam
Daun pandan (jika suka)

Cara menyediakan bubur kacang paling mudah


1. Kacang hijau bubuh dalam periuk, sukatan air hingga kacang terendam dan lebih kan 2 inci dari paras kacang, di rebus dalam periuk. Masukkan halia dan sedikit garam. Biarkan lembut dan mendidih.

2. Masukkan gula merah. Kacau rata.

3. Masukkan gula pasir, ikut citarasa (nak manis atau kurang manis). Masukkan daun pandan yang diikat kemas.

4. Tambahkan sagu biji yang sudah direndam tadi.

5. Akhir sekali baru masukkan santan. Kacau rata untuk dapatkan rasa yang sedap dan setara.


Resepi Bubur Kacang Paling Mudah Dan Sedap


Siap untuk dihidangkan dan dimakan dengan biskut tawar atau roti. Kalau admin, pecahkan biskut dan rendam dalam tu, sedap dan penuh nostalgia.. (teringat zaman sekolah dulu)

Untuk mudahkan merebus kacang hijau, rendam dahulu kacang tersebut sebelum dimasak. Anda akan jimat masa dan kacang hijau cepat lembut. Bila admin buat perbandingan, ternyata kaedah rendam dulu kacang hijau menyebabkan ia hanya gunakan masa 1/2 jam untuk lembut.

Jika tak rendam dulu, anda akan guna lebih dari 1 jam untuk lembutkan kacang hijau. Tak percaya? Anda boleh cuba sendiri dan lihat hasilnya.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.