Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/01/17

Petua Hilangkan Gam Yang Melekat Pada Baju Sekolah Anak

Petua Hilangkan Gam Yang Melekat Pada Baju Sekolah Anak. Susahnya nak hilangkan gam yang lekat pada baju anak, baju sekolah pulak tu. Takkan setiap bulan nak beli baju baru, ya tak? Pokai gamaknya.

Sebagai ibu bapa kita kena sentiasa peka dan bersedia dengan segala macam teknik, tips dan info berkaitan segala aspek melibatkan anak-anak. Contohnya, menangani anak degil, mengatasi masalah anak tidak mahu makan sayuran, hinggalah aspek berkaitan pakaian sekolah mereka.., cara hilangkan kotoran yang melekat di baju sekolah dan banyak lagi. Dan yang kritikalnya bila baju anak selalu kena gam atau kotoran degil. Memang mencabar dan memenatkan.., kan 😎😎

Petua Hilangkan Gam Yang Melekat Pada Baju Sekolah Anak


Admin ada terbaca di satu blog satu cara istimewa nak hilangkan kotoran atau gam yang melekat pada baju sekolah anak-anak..

Petua Hilangkan Gam Yang Melekat Pada Baju Sekolah Anak
Petua Hilangkan Gam Yang Melekat Pada Baju Sekolah Anak
Caranya😊😊,
suggest letak minyak thinner.. boleh juga mencuba. kebetulan kat rumah ni ada minyak thinner, boleh di beli kat kedai hardware. Ambil sedikit minyak tu terus sental. Tak payah sental kuat sangat, just sapu je minyak thinner tu kat pakaian yang ada kesan degil yang tak nak tanggal tu. Dalam kiraan satu, dua dan tiga...hilang segala cela., dan warna warna yang buruk melekat kat baju tu. Begitu juga gam yang keras melekat kat baju tu, semua tanggal. Ok, rendam baju yang bau minyak thinner tadi tu lama sikit hingga hilang baunya. Rendam dengan downey pun sedap.
Sambungnya lagi,
Kalau rendaman pertama tu masih ada bau minyak tu, ..buang air pertama.. letak air sabun yang baru. Dan rendam sekali lagi.. InsyaAllah menjadi sebab bila admin buat memang jadi, hilang bau thinner tu..

Ha! Settle kan masalah anak anda yang suka lap tangan sesuka hati pada baju, yang pening kepala mak bapak.., bila baju dah comot pandai pulak tak nak pakai...

Begitulah dunia anak-anak yang belum matang. Kita sebagai ibu bapa kenalah banyak bersabar. Merekalah harta dunia akhirat yang mengajarkan kita erti kehidupan. Cehhh!!πŸ€”πŸ€”

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.