Skip to main content

Persiapan Untuk Mereka Yang Mula Bekerja

Persiapan Untuk Mereka Yang Mula Bekerja. Baru lulus temuduga tetapi rasa takut nak masuk kerja? Lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali nak bekerja selepas habis graduate. Apa perlu dilakukan oleh seorang fresh graduate atau sesiapa yang nak mula bekerja?

Baca tulisan pendek di bawah cara-cara persiapan yang perlu dilakukan untuk mereka yang baru mula bekerja. Jangan stress, tingkatkan keyakinan dan azam untuk buat yang terbaik. Lakukan kerja pertama anda dengan jayanya, usah panik. Setiap orang ada langkah yang pertama, dan seterusnya ia lah yang menentukan langkah seterusnya berjaya atau gagal.

[+] kata motivasi, "Seribu langkah bermula dengan langkah yang pertama..." 

Persiapan Untuk Mereka Yang Mula Bekerja


Mari baca persiapan awal untuk mereka yang baru nak berkerja:


Persiapan Untuk Mereka Yang Mula Bekerja


1. Bangun awal
2. Mengenakan pakaian yang kemas
3. Berdandan sederhana
4. Bersarapan
5. Memohon restu dengan ibubapa
6. Membawa resume dan sijil asal
7. Baca dan kaji serba sedikit latar belakang syarikat
8. Memulakan langkah dengan yakin
9. Berdoa

Persepsi awal ditempat kerja biasanya tidak sama dengan apa yang kita gambarkan. Kadangkala ia sebuah suasana gembira dan jika nasib tak baik anda ditontonkan dengan suasana suram. Apakah tindakan anda? Terus berhenti kerja dan mengalah?

Jangan begitu. Sampai bilapun anda tidak akan dapat menimba pengalaman. Anggap saja persekitaran kerja baru anda seperti rumah yang banyak pintu. Buka setiap pintu dengan lapang dada dan penuh semangat positif. In shaa allah, semuanya akan berjalan lancar buat anda.

[+] Read more: http://www.aynorablogs.com/2013/09/persiapan-untuk-mereka-yang-baru.html#ixzz4WeTKnrdK

Comments

Popular posts from this blog

Hari Kedua Buat Intermittent Fasting IF

Hari Kedua Buat Intermittent Fasting IF . Masuk hari kedua. Saya ulangi lagi supaya ramai tahu apa itu IF. Intermittent Fasting adalah kaedah berpuasa dalam tempoh tertentu demi untuk tujuan diet. Senang cerita puasa dalam tempoh yang agak panjang untuk kurus. Contohnya biasa orang buat 18/6 atau 20/4. Bermakna puasa 18 jam dan baki 6 jam pula makan macam biasa. Dan begitulah seterusnya. Jumlah bersamaan 24 jam. Ada yang salah faham, sewaktu tempoh berpuasa kita langsung tak boleh makan. Silap tu.. sebenarnya kita masih boleh minum air masak dan ambil oat sebagai ganti nasi. Strategi pemilihan makanan pula adalah mengikut standard 50:30:20 (Karbo:Protein:Lemak). Hertonnye Linggom, melalui akaun Facebook miliknya telah berkongsi pengalaman diet jenis IF sehingga mampu hilangkan 6kg dalam masa seminggu. Anda boleh baca di FBnya. Jadual IF  Hari Kedua Buat Intermittent Fasting IF Hari ini, 4 Januari 2019. Masih Kuatkan hati lakukan IF. Hari kedua saya belum timbang.

Jadual Carta Tekanan Darah Mengikut Peringkat Umur

Jadual Carta Tekanan Darah Mengikut Peringkat umur.  Biasanya, makin rendah tekanan darah, maka makin sihat pula tubuh anda. Namun jangan pula terlalu rendah kerana boleh membuatkan anda terkena hipotensi atau tekanan darah rendah. Bila umur menjangkau 40 an ke atas, awasi tahap kesihatan anda terutamanya tekanan darah, gula dalam tubuh dan juga denyutan jantung. Inilah penyakit 3 serangkai yang sering menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Jadi berwaspadalah. Namun begitu, bukanlah bermakna golongan umur bawah 40 an tidak terkena penyakit 3 serangkai ini tetapi jumlahnya tidaklah begitu ramai berbanding mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Jadi, makanlah dengan sihat, iaitu perhatikan jumlah makanan yang diambil dan dipadankan dengan amalan hidup yang sihat. Okay..  Jadual Carta Tekanan Darah Mengikut Peringkat Umur Umumnya, orang dewasa dengan keadaan tubuh sihat memiliki tekanan darah normal di bawah atau setara 120/80 mm Hg. Angka 120 menunjukkan tingkat tekanan ke

Jenis-Jenis Karbohidrat Yang Buat Cepat Kurus

Jenis-Jenis Karbohidrat Yang Buat Cepat Kurus. Dalam info sihat kali ini, kami akan share tentang jenia makanan karbohidrat yang buat cepat kurus. Makan dalam jumlah yang betul, anda akan cepat kurus tanpa rasa lapar pun.. Terdapat 2 jenis karbohidrat utama, iaitu ringkas dan kompleks. 1. Karbohidrat Ringkas Merujuk kepada gula ringkas yang terdapat di dalam kek, gula-gula, biskut, makanan diproses, atau air bersoda. Gula putih, dijuga dianggap sebagai kabohidrat ringkas. Gula ringkas boleh didapati di dalam susu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gula ringkas mudah menyerap ke dalam darah. Gula ringkas menyebabkan insulin lebih cepat meningkat. Dari masa ke semasa, disebabkan tekanan yang lebih kepada pankreas boleh membawa kepada penyakit kencing manis yang juga membawa masalah seperti kegemukkan, masalah jantung, kekangan tangan dan kaki(boleh membawa kepada pemotongan), dan juga masalah penglihatan yang kabur. 2. Karbohidrat Kompleks Karbohidrat kompleks mengambil lebih