Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/01/21

Pengalaman Sebagai Usher Kepada VVIP

Pengalaman Sebagai Usher Kepada VVIP. Usher? Pertama kali dengar? Tak biasa jadi usher? Mari kita baca info tentang usher yang ramai orang kurang ambil tahu. Tetapi ia sebenarnya info yang amat berguna. Samaada boleh digunakan di dalam kerjaya anda atau jika anda tiba-tiba jadi bidan terjun kepada sesuatu event seperti perkahwinan, perasmian dan juga usher pada majlis konvokesyen.

Usher adalah penunjuk tempat duduk, bentara mahkamah, menunjukkan seseorang tempat duduk seseorang, menunjukkan tempat duduk kepada seseorang. Itulah maksudnya usher..




Ini adalah kisah dan pengalaman admin jadi usher dalam satu majlis rasmi dengan Menteri Besar. Majlis tersebut adalah majlis penyampaian kunci rumah kepada pembeli projek perumahan RMMJ. Memang ramai lah VVIP yang hadir. Admin dilantik ketua Usher. Ok lah... pengalaman yang berharga tu..

Panduan & Pengalaman Sebagai Usher Dalam Majlis Rasmi


Ketua Usher adalah orang yang mengetuai orang kenamaan menunjukkan arah tempat duduk mereka. Senang cerita penyambut tetamu dan sekaligus bawa orang itu duduk ke tempat yang disediakan untuknya.


Ciri-ciri seorang Usher yang baik:

1. Sentiasa tersenyum dan berwajah manis
2. Peramah tetapi pandai membawa diri
3. Boleh menepati masa
4. Sentiasa peka dengan persekitaran
5. Tidak sombong

Perkara yang BOLEH dilakukan oleh seorang Usher:

1. Berpakaian kemas dengan memakai tanda nama
2. Berbual sekadar yang perlu dengan VIP atau dif dif jemputan
3. Menepati etika berpakaian formal yang ditetapkan

Perkara yang TIDAK BOLEH dilakukan oleh seorang usher:

1. Bersolek tebal
2. Berpakaian ketat
3. Tidak menepati masa
4. Berbual-bual dengan usher yang lain

Secara amnya, seorang usher harus tahu menghormati 3 perkara berikut iaitu masa, pakaian dan solekan. Yang penting, jika anda seorang yang berdisplin, anda boleh jadi usher yang baik.

Semoga panduan yang diberikan dapat memberi manfaat kepada ramai pembaca di luar sana. Jika anda diberikan peluang sebegini, jangan panik. Cari maklumat dan panduan yang sesuai dengan sesuatu acara yang dijalankan.

Selamat berjaya.

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.