Skip to main content

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee - iLancee.com merupakan sebuah portal jual beli servis online yang mensasarkan kepada mereka yang berada di Malaysia, Brunei, Indonesia dan Singapura. Contest iLancee Berjumlah RM2800 mesti buat mata anda bersinar-sinar. Jumlah yang agak banyak untuk sebuah contest iLancee yang boleh dijadikan modal berblog lebih meriah dan lebih aktif pada tahun 2017 ini.

Apa sebenarnya iLancee? Macam macam nama kereta kan? Hihi, kita ketepikan tentang kereta tetapi fokus kepada iLancee. Apa itu iLancee? Ada banyak artikel iLancee yang boleh dirujuk, antaranya anda boleh baca pada pautan berikut:


Secara ringkas, iLancee.com ditubuhkan dari asal perkataan “I Freelancer” atau dalam bahasa melayunya adalah “Saya menawarkan perkhidmatan bebas”. Bagaimana nak buat duit di iLancee.com? Sebelum itu anda mesti tahu apakah barang yang boleh dijual di iLancee.com. Untuk pengetahuan anda semua, samaada barang, servis dan perkhidmatan yang ditawarkan di sini semuanya dipanggil gigs.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee


Tiga jenis Gigs yang boleh dijual di iLancee.com adalah Servis/Perkhidmatan/Kemahiran, Barang Fizikal dan yang ketiga, Produk Digital seperti ebook, dan software-software dengan lesen hak jual semula jika ada. Jika ada gambar grafik dan design juga boleh turut dijual di iLancee.com untuk dapat income dan buat duit dari rumah.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee


Kerja dari rumah dengan iLancee adalah contest yang menawarkan hadiah lumayan RM2800. Hadiah ini dibahagikan kepada beberapa pemenang kategori tertentu.


Kerja Dari Rumah Dengan iLancee


Antara kategori Contest iLancee adalah:

1. Kategori SEO – Untuk mengasah skill SEO anda
2. Kategori Artikel Terbaik – Untuk mengasah kretiviti anda
3. Kategori Komen Paling Banyak – Hadiah Bonus

Contest ini akan berlangsung dari 7/Januari/2017 sehingga 7/Mac/2017 iaitu selama dua bulan.
Tarikh terakhir hantar artikel adalah pada 1/Mac/2017 iaitu seminggu sebelum tamat contest.
Para pemenang akan diumumkan pada 11/Mac/2017 bersempena dengan tarikh lahir penganjur.

Apakah kelebihan iLancee?


iLancee.com seakan-akan Fiverr di Malaysia ini. Dilancarkan 11 Mei 2014, ramai ahli yang telah berdaftar dan ada di antara mereka telah pun membuat jualan di sini. Dengan join contest Kerja Dari Rumah Dengan iLancee ini diharap ia jadi batu loncatan kepada kita semua berdaftar dengan iLancee dan mula dapat faedah jangka panjang dari program contest yang dijalankan.

Pengguna tidak perlu bersusah payah promote servis sendiri kerana melalui iLancee buyer akan mencari servis anda. Tetapi alangkah baiknya jika anda promote juga servis-servis anda di blog dan lain-lain.

Kerja dari rumah dengan iLancee.com memang banyak kelebihannya. Antaranya buat duit tanpa modal, servis internet dalam satu center, jual beli produk digital yang amat mudah. Macam-macam servis yang boleh dibuat, contohnya buat servis menulis, buat servis bina blog, servis buat kertas kerja untuk budak universiti, servis edit gambar dan sebagainya. Kalau semuanya tak ada kemahiran, cuba ambil satu kemahiran dan fokus. Jadi banyak kelebihannya iLancee.com ini.

Sertai Pay Per Lead (PPL) iLancee.com

Satu lagi kelebihan iLancee.com adalah program Pay Per Lead nya di mana setiap ahli yang berdaftar melalui link affiliate anda, anda akan mendapat bayaran sebanyak RM0.50 untuk setiap ahli.

Bayangkan jika anda mampu bawa sebanyak 200 ahli dan anda dah boleh jana sebanyak RM100 secara percuma. Cukup mudah bukan? Mereka daftar melalui link affiliate anda dan anda akan mendapat bayaran.

Anda bolek klik di sini – Jom Sertai PPL iLancee.com.Signup –

Bagaimana iLancee berfungsi kepada pengguna


Di iLancee ada dua fungsi untuk anda ketahui iaitu fungsi sebagai Buyer dan fungsi sebagai Seller.

Sebagai buyer, anda boleh beli apa-apa saja servis di iLancee dengan selamat kerana segala pembayaran akan diterima oleh iLancee terlebih dahulu sebelum dilepaskan kepada Seller.

Selepas Seller siapkan kerja dan hantarkan kepada Buyer, barulah admin lepaskan pembayaran kepada Seller.

Pengguna perlu tahu bahawa setiap servis admin akan ambil 20% daripada jumlah harga. Contohnya. Harga jumlah servis adalah RM50. Maka, Seller akan dapat RM40 dan RM10 akan dapat kepada iLancee.

Bagaimana Untuk Menjual?

Langkah 1: Bina servis baru yang anda ingin tawakan.
Langkah 2: Kongsikan servis anda di laman sosial.
Langkah 3: Anda akan diberitahu jika ada seseorang tempah servis anda.
Langkah 4: Selepas anda siapkan kerja, kami akan lepaskan duit anda sebanyak 80%.
Langkah 5: Keluarkan melalui akaun bank anda.
Langkah 6: Enjoy duit anda.

Bagaimana Nak Membeli?

Langkah 1: Cari servis yang anda minat dan suka.
Langkah 2: Bayar guna FPX/Kad Kredit/Online Bankin.
Langkah 3: Lihat progrees kerja seller.
Langkah 4: Terima tempahan siap anda.
Langkah 5: Anda boleh meminta balik untuk betulkan yang mana silap.
Langkah 6: Berikan rating kepada kerja seller samaada baik atau tidak.

Antara kategori servis yang terdapat di iLancee.com adalah website dan programming, grafik dan design, pemasaran, penulisan, wordpress, video dan animasi, blogspot dan lain-lain yang berkaitan.(Rujuk gambar di bawah)
Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Terima kasih Penaja Contest Kerja Dari Rumah Dengan iLancee


Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative Studio, Semanis Kurma, Bina Blog Sendiri, Best Autoresponder, Panduan Bisnes Ebook, Buat Duit Blog, Best Hosting, Affiliate Malaysia, Poslaju Tracking, Infobiz FB Ads, BinMuhammad, Seri Nian Blogger,

Semoga sama-sama kita dapat buat di internet dengan cara lebih mudah dan lebih santai. Jom daftar percuma di iLancee.com sekarang.

Comments

  1. ooo..bru faham maksud gig..

    artikel simple tapi kemas..dan smoga bertuah dgn contest ilancee.com..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Jie, semoga ada rezeki yang singgah..

      Delete
  2. ilancee mmg best bro. http://datoksirkronik.blogspot.my/2017/01/kerja-dari-rumah-dengan-ilancee.html

    ReplyDelete
  3. Semoga berjaya dalam kontes iLancee ya :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Please comment with courtesy..

Popular posts from this blog

Hari Kedua Buat Intermittent Fasting IF

Hari Kedua Buat Intermittent Fasting IF . Masuk hari kedua. Saya ulangi lagi supaya ramai tahu apa itu IF. Intermittent Fasting adalah kaedah berpuasa dalam tempoh tertentu demi untuk tujuan diet. Senang cerita puasa dalam tempoh yang agak panjang untuk kurus. Contohnya biasa orang buat 18/6 atau 20/4. Bermakna puasa 18 jam dan baki 6 jam pula makan macam biasa. Dan begitulah seterusnya. Jumlah bersamaan 24 jam. Ada yang salah faham, sewaktu tempoh berpuasa kita langsung tak boleh makan. Silap tu.. sebenarnya kita masih boleh minum air masak dan ambil oat sebagai ganti nasi. Strategi pemilihan makanan pula adalah mengikut standard 50:30:20 (Karbo:Protein:Lemak). Hertonnye Linggom, melalui akaun Facebook miliknya telah berkongsi pengalaman diet jenis IF sehingga mampu hilangkan 6kg dalam masa seminggu. Anda boleh baca di FBnya. Jadual IF  Hari Kedua Buat Intermittent Fasting IF Hari ini, 4 Januari 2019. Masih Kuatkan hati lakukan IF. Hari kedua saya belum timbang.

Jadual Carta Tekanan Darah Mengikut Peringkat Umur

Jadual Carta Tekanan Darah Mengikut Peringkat umur.  Biasanya, makin rendah tekanan darah, maka makin sihat pula tubuh anda. Namun jangan pula terlalu rendah kerana boleh membuatkan anda terkena hipotensi atau tekanan darah rendah. Bila umur menjangkau 40 an ke atas, awasi tahap kesihatan anda terutamanya tekanan darah, gula dalam tubuh dan juga denyutan jantung. Inilah penyakit 3 serangkai yang sering menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Jadi berwaspadalah. Namun begitu, bukanlah bermakna golongan umur bawah 40 an tidak terkena penyakit 3 serangkai ini tetapi jumlahnya tidaklah begitu ramai berbanding mereka yang berumur 40 tahun ke atas. Jadi, makanlah dengan sihat, iaitu perhatikan jumlah makanan yang diambil dan dipadankan dengan amalan hidup yang sihat. Okay..  Jadual Carta Tekanan Darah Mengikut Peringkat Umur Umumnya, orang dewasa dengan keadaan tubuh sihat memiliki tekanan darah normal di bawah atau setara 120/80 mm Hg. Angka 120 menunjukkan tingkat tekanan ke

Jenis-Jenis Karbohidrat Yang Buat Cepat Kurus

Jenis-Jenis Karbohidrat Yang Buat Cepat Kurus. Dalam info sihat kali ini, kami akan share tentang jenia makanan karbohidrat yang buat cepat kurus. Makan dalam jumlah yang betul, anda akan cepat kurus tanpa rasa lapar pun.. Terdapat 2 jenis karbohidrat utama, iaitu ringkas dan kompleks. 1. Karbohidrat Ringkas Merujuk kepada gula ringkas yang terdapat di dalam kek, gula-gula, biskut, makanan diproses, atau air bersoda. Gula putih, dijuga dianggap sebagai kabohidrat ringkas. Gula ringkas boleh didapati di dalam susu, buah-buahan dan sayur-sayuran. Gula ringkas mudah menyerap ke dalam darah. Gula ringkas menyebabkan insulin lebih cepat meningkat. Dari masa ke semasa, disebabkan tekanan yang lebih kepada pankreas boleh membawa kepada penyakit kencing manis yang juga membawa masalah seperti kegemukkan, masalah jantung, kekangan tangan dan kaki(boleh membawa kepada pemotongan), dan juga masalah penglihatan yang kabur. 2. Karbohidrat Kompleks Karbohidrat kompleks mengambil lebih