Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2017/01/23

Doa Agar Anak Rajin Solat Tanpa Dipaksa

Doa Agar Anak Tetap Rajin Solat Tanpa Dipaksa. Doa adalah senjata orang Mukmin. Dan, doa juga boleh mengubah takdir. Semoga dengan kesungguhan kita berdoa dan memohon ampun dari Allah, permohonan kita termakbul.

Ada ibubapa yang risau macam mana nak buat anak solat dengan kesedaran mereka sendiri tanpa perlu disuruh dan dimarah? Macam mana nak buat tu? Adakah anda akan bentak mereka, ugut dengan kata-kata atau biarkan sahaja. Sebenarnya ilmu mendidik terletak kepada kebijaksanaan dan kesungguhan ibubapa terhadap anak-anak mereka. Kemudian, barulah tugas guru untuk menekankan kepentingannya dalam kehidupan sebenar.

Doa Agar Anak Rajin Solat Tanpa Dipaksa


Ada doanya agar anak-anak kita rajin solat dengan rela. Tanpa perlu dipaksa sampai terkeluar anak tekak.., jom hafalkan doanya seperti di bawah:

Doa Agar Anak Rajin Solat Tanpa Dipaksa


Doa dari surah Ibrahim ayat 40,

رب اجعلني مقيم الصلاة ِﻭَﻣِﻦ ﺫُﺭِّﻳَّﺘِﻲ ﺭَﺑَّﻨَﺎ ﻭَﺗَﻘَﺒَّﻞْ ﺩُﻋَﺎﺀ


Doa dalam rumi;

Rabbij'alni muqimassolati wamin zurriyati rabbana wataqobbal du'a e.....

Maksudnya:

"Ya Allah Ya Robbku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang yang tetap melaksanakan
sholat .. Ya Robb kami, perkenankanlah doaku." - (QS. Ibrahim: 40)

Ternyata amalan selepas solat subuh membaca doa ini telah menjadikan seorang anak yang liat nak solat, telah lembut hatinya untuk bersolat dengan rela. Bukan itu sahaja, doa ini boleh juga diamalkan ketika solat witir, pada setiap waktu yang mustajab berdoa seperti pada ketika hujan turun, pada hari Jumaat, dalam sujud rakaat tererakhir dan sebagainya.


Ada kisahnya, kisah tentang seorang anak yang liat untuk bersolat. Semoga kita dipelihara dari ujian yang tidak mampu kita hadapi.

Seorang sahabat bercerita: "Aku menceritakan satu kisah yang terjadi padaku."

"Anak perempuanku yang berumur 16 tahun Solat baginya adalah hal yg sangat berat ..
Pada suatu hari aku berkata kepadanya: "Bangun  sembahyang subuh.. dan aku mengintainya dengan ekor mataku."

"Aku melihatnya mengambil sajadah, kemudian melemparkannya ke sudut biliknya lantai ..lama Kemudian ia keluar.

Aku bertanya kepadanya: "Apakah kamu sudah sembahyang .. ?"

Ia menjawab : "Sudah."

Kemudian aku mencubitnya, kerana berbohong.

Aku benar-benar marah padanya, aku denda dia dan aku menakutkannya akan seksa Allah, tapi ternyata semua kata-kataku itu tidak ada yang menakutkanya.

Suatu hari, seorang sahabatku bercerita suatu kisah
"Suatu ketika ia berkunjung kerumah seorang saudara dekatnya, ketika datang waktu solat, semua anak-anaknya langsung bersegera melaksanakan solat tanpa diperintah.

Ia berkata:
Aku berkata padanya "Bagaimana anak-anak kamu solat dengan kerelaan mereka tanpa disuruh.

"Ia menjawab:
 Ada satu doa sebelum aku berkahwin, aku selalu amalkan dan sampai saat ini pun aku masih tetap berdo'a dengan doa tersebut dalam sujudku, saat sebelum salam, ketika solat witir dan disetiap waktu-waktu yang mustajab berdoa.

Alhamdulillah, mereka semua selalu menjaga solatnya.

Jadi apakah doanya? Itulah doa yang admin kongsikan di atas. Daripada surah Ibrahim, ayat 40...   

Baca selalu doa ini untuk anak-anakmu, dengan izin Allah mereka akan selalu berada dalam penjagaan dan perlindungan Allah Ta'ala. Aamiin Allaahumma Aamiin.

Boleh share jika bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.