Berdoa Dengan Asmaul Husna Al-'Adzhiim

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al-'Adzhiim. Al-’Adzhiim maksudnya Maha Agung, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempunnaan.

Digalakkan berdoa dengan asmaul husnaa dan berdoalah dengan ikhlas serta merendah diri serta mengikut sunnah yang diajarkan. Insyaa Allah doa-doa kita dimakbulkan. Nama-nama Allah yang 99 adalah nama yang mulia dan menunjukkan Allah SWT berkuasa atas sesuatu mengikut nama-namanya yang mulia itu.


Berdoa Dengan Asmaul Husna Al-'Adzhiim

“Dialah Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Dia mempunyai Asmaul Husna (nama-nama yang baik).” – (Al-Quran, Surah Thaa-Haa : 8)

Apabila kita menyebut atau berdoa dengan asmaul husnaa, ia mempunyai pengaruh dan manfaat yang amat besar dan hebat sekali bagi pekerjaan yang sedang kita lakukan. Itulah sebabnya kita digalakkan berdoa dengan al asmaul husnaa ini.

Cara-Cara berdoa dengan al asmaul husnaa | Al-'Adzhiim


1) Baca ayat kalimah di bawah ini terlebih dahulu:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Haliim
2) Kemudian baru di baca asmaul husnaa yang berikut:


Ya 'Adzhiim = 12 kali 


Ertinya : Yang Maha Agung /Yang Maha Besar – Ia amat mulia, iaitu mencapai puncak tertinggi dan di mercu keagungan kerana bersifat dengan segala macam sifat kebesaran dan kesempurnaan.

a) ‘Ya ‘Azhiim’ dizikirkan sebanyak 12 kali setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh.

b) Apabila dibaca ‘Ya ‘Azhiim’ 12 kali kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, InsyaAllah akan terhindar dari gangguan jin, syaitan dan sebagainya.

c) Apabila ‘Ya ‘Azhiim’ dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka InsyaAllah akan memperolehi keselamatan dan akan terhindar dari kejahatan.

d) Mereka yang menzikirkan ‘Ya ‘Azhiim’ sebanyak mungkin dengan berulang kali, InsyaAllah akan memperolehi kemuliaan dan dihormati.

3) Kemudian setelah selesai membaca asmaul husnaa di atas, lalu teruskan membaca kalimah seperti di bawah ini:

Berdoa Dengan Asmaul Husna | Al Haliim


4) Akhir sekali berdoalah untuk perkara yang dihajati dengan penuh keyakinan, khusyuk dan tawadduk hanya kepada Allah. Allah Maha Mendengar doa hamba-hambaNya. Lakukan dengan penuh pengharapan dan keyakinan.

Berserahlah kepadaNya, bersabar menunggu doa-doa kita dimakbulkan. Pada masa yang tepat. Jangan pernah jemu memohon kepada Allah. Orang yang banyak berdoa adalah orang yang paling bijak. Fikirkanlah...

Semoga bermanfaat.

Rujukan:

1. Himpunan ayat-ayat al-Quran dan Khasiat Bismillah, Surah al-Fatihah, ayatul Kursi, Surah al-Ikhlas dan Surah al-Qadr & Asmaul Husnaa - Muhfudli Sahli

2. Shafiqolbu.wordpress.com

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.