Tarikh Sebenar Pembayaran Bayaran Khas RM500 Kepada kakitangan Awam

Tarikh Sebenar Pembayaran Wang Saguhati RM500 Kepada Kakitangan Awam. Adakah anda seorang kakitangan awam yang berdebar-debar menunggu wang saguhati atau bayaran khas daripada kerajaan? Wang ini sangat penting terutamanya kepada kakitangan berpendapatan rendah untuk meringankan beban naik sekolah yang tak lama lagi nak bermula.

Sedikit peringatan, rancanglah perbelanjaan menjelang anak-anak naik sekolah kerana mendahulukan yang penting adalah lebih bijak berbanding anda membeli mengikuti kemahuan anak-anak. Ajari anak-anak bersederhana dalam berbelanja.

Tarikh Sebenar Pembayaran Bayaran Khas RM500 Kepada kakitangan Awam


Di bawah ini adalah jadual tarikh sebenar bayaran khas RM500 kepada penjawat awam.


Tarikh sebenar pembayaran wang saguhati sebanyak RM500 kepada kakitangan awam di seluruh Malaysia telah pun diketahui. Tarikh sebenar pembayaran wang saguhati adalah pada tarikh seperti di bawah:

Bayaran khas Penjawat Awam RM500 = 3 Januari 2017 (Selasa)

Bayaran Khas Pesara Kerajaan RM250 = 3 Januari 2017 (Selasa)

Jadi, kepada penjawat awam dan pesara kerajaan yang mendapat bayaran khas tersebut diucapkan tahniah. Walaupun ramai yang kata jumlahnya agak kecil tetapi sedikit sebanyak ia dapat membantu golongan yang benar-benar memerlukan.

Semoga dapat digunakan dengan sebaik-baiknya.

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.