Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2016/12/15

Resepi Tauhu Masak Lemak Dengan Taugeh

Resepi Tauhu Masak Lemak Dengan Taugeh. Kali ini saya turunkan ilmu memasak paling ringkas iaitu lauk/ sayur tauhu dimasak lemak dengan taugeh. Sayur ini penuh dengan nostalgia iaitu satu masa dahulu, zaman persekolahan saya suka bila balik sekolah emak sediakan sayur lemak taugeh dengan tauhu. Kemudian dapat pula pasangan lauknya ikan kerisi goreng rangup. Hmmm.., ikan kerisi adalah ikan kegemaranku.. hingga kini & selamanya..😍💕

Taugeh ni banyak khasiatnya tau, jangan tak tahu pula! Antara khasiat taugeh adalah boleh mencegah kanser, kurangkan lemak-lemak berlebihan, padat dengan antioksida kuat yang menghalang tubuh dari radikal bebas perosak sel DNA, so jadikan kita lebih muda.., dan banyak lagi. Boleh di Google ya..

Resepi Tauhu Masak Lemak Dengan Taugeh 


Resepi Tauhu Masak Lemak Dengan Taugeh

Bahan-bahan:

3 keping tauhu ~ potong dadu besar
300 gm taugeh ~ buang akarnya
50 gm daun kucai atau daun sup dan daun bawang
4 ulas bawang merah ~ di phiris
2 ulas bawang putih ~ di hiris
50 gm ikan bilis ~ rendam lembut dan siat kecil
300 ml santan
300 ml air
garam secukup rasa
Cili merah ~ di hiris

Cara Menyediakan Tauhu Masak Lemak Dengan Taugeh 


Resepi Tauhu Masak Lemak Dengan Taugeh

1. Panaskan minyak dan tumis bahan yang di kisar hingga harum dan terbit minyak

2. Masukkan tauhu dan biarkan merenih sebentar

3. Kemudian baru masukkan santan yang dibancuh dengan air, ikut suka kepekatannya

4. Perasakan dengan garam

5. Akhir sekali masukkan taugeh dan daun kucai/ daun bawang

6. Kacau sebentar dan terus tutup api supaya taugeh tidak terlalu lecuh

7. Sedia di hidangkan bersama nasi panas, ikan goren dan sambal belacan.

Resepi Tauhu Masak Lemak Dengan Taugeh yang saya kongsikan di atas adalah sebagai alternatif resepi untuk anda, ibu ibu di luar sana hidangkan kepada keluarga untuk menu makan tengahari. Padanan lauk yang sesuai biasanya ikan kerisi goreng rangup, sambal belacan dengan nasi panas. Sedap hingga bertambah pinggan nasinya... hihi

Selamat mencuba...



#Inspirasi Wanita:
Segala sesuatu dalam hidup ini akan pergi dan tidak pernah lagi kembali, ;) :) kecuali DOA. Ia pergi dengan HARAPAN dan Ia kembali dengan REDHA dan KURNIA..

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.