Resepi Sambal Udang Nasi Lemak Sedap Ringkas

Resepi Sambal Udang Nasi Lemak Sedap Ringkas. Sempena cuti sekolah ni ada saja permintaan dan order daripada bujang saya yang nak makan menu tertentu. Saya ada 2 hero saja yang selalu suka meminta itu ini, almaklum cuti sekolah ni aktiviti makan-makan yang paling syiok!

Lazada Malaysia
Saya hanya kongsikan resepi sambal udang nasi lemak aje tau, nasi lemaknya kena buat sendiri.., atau NAK TAU CARA BUAT NASI LEMAK LEMBUT, anda boleh baca DISINI. Resepi sambal udang nasi lemak ni kena ada rasa manis sikit dan pedas berlemak, supaya ia jadi sesuai dimakan dengan nasi lemak yang anda sediakan. Kalau pedas sangat pun tak boleh..., hihi

Resepi Sambal Udang Nasi Lemak 


Resepi Sambal Udang Nasi Lemak Sedap Ringkas
Gambar ehsan: Tiffinbiru

Bahan-bahan:
1 kg udang saiz sederhana
5 biji bawang merah - dikisar
20 tangkai cili kering - rebus hingga lembut, dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
1 1/2 inci halia - dikisar
1 keping asam jawa
air secukupnya
garam & gula secukup rasa
minyak untuk menumis
Bahan tambahan: 2 biji bawang besar dihiris kasar

Cara Menyediakan Resepi Sambal Udang Nasi Lemak Sedap Ringkas 


1. Udang dibersihkan, ditos lalu diketepikan.

2. Panaskan kuali, masukkan minyak untuk menumis. Tumis bahan kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili kering tadi hingga berbau wangi dan kekuning-kuningan. (Tumis hingga cili pecah minyak)

3. Masukkan asam keping, kacau rata.

4. Masukkan udang. Kacau rata hingga masak.

5. Perasakan dengan serbuk perisa, jika suka, masukkan garam dan gula ikut citarasa masing-masing. (Lebihkan gula supaya rasa manis berlemak dapat disesuaikan dengan nasi lemak nanti.)

6. Akhir sekali, masukkan bawang besar yang dihiris tadi seketika hingga layu, barulah matikan api. Sedia dihidangkan. 


Resepi Sambal Udang Nasi Lemak Sedap Ringkas

Nota:

Ingat ya! Bila nak kisar cili, campurkan dengan 1 sudu besar minyak masak. Biar mudah hancur biji cili kering tu ketika dikisar. Tahukah anda, biji cili kering yang dikisar halus itu yang membuatkan sambal tumis anda lemak dan kurang pedas bila dimakan/masak. 

Moga perkongsian resepi sambal udang nasi lemak sedap dan ringkas di atas dapat memberikan anda ilmu baru memasak sambal udang. Ringkas dan mudah. 

Selamat mencuba. 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.