Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2016/12/09

Resepi Kari Ayam Ringkas Dan Sedap

Resepi Kari Ayam Ringkas Dan Sedap - Kari ayam sedap dimakan dengan roti jala ataupun lempeng, boleh juga dijadikan kuah makan dengan roti canai. Hmmm... 👀 👀 sedap hingga mata pun jadi bulat. Hihi..

Kari ayam disediakan dalam banyak cara, iaitu ada yang guna ayam kampung (sedap sangatt..), ada juga dicampur dengan tomato, kentang, sayur bendi sebagai hiasan dan banyak lagi. Nak lebih sedap boleh letak daun kari setangkai atau lebih. Saya tak berapa suka masukkan daun kari kerana nanti jadi terlebih bau kari ala mamak pulak!! Haha..

Oleh kerana resepi kari ayam saya ni ringkas aje, so semua bahan saya blender atau kisarkan, senang dan jimat masa. Tapi kena ada cara nak blender rempah kari sekali iaitu masukkan rempah kari yang akhir sekali setelah semua bahan halus dikisar. Kisar sekejap aje rempah kari tu...

Resepi Kari Ayam Ringkas Dan Sedap 



Resepi Kari Ayam Ringkas Dan Sedap


Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong 16
1 bungkus serbuk kari daging (saiz kecil)
3 biji kentang - dipotong 4
1 kotak santan 500ml
2 biji bawang besar - dikisar
2 ulas bawang putih - dikisar
2 inci halia - dikisar
1 keping asam keping
2 sudu besar lada kisar
5 batang bendi untuk hiasan
2 sudu teh serbuk kunyit
sedikit garam dan gula

Cara menyediakan Kari Ayam Ringkas Dan Sedap 


Kari ayam sedap pilihanku

1. Kisar semua bahan seperti bawang besar, bawang putih, halia, serbuk kunyit dan lada kisar. Bila sudah hancur, baru masukkan rempah kari. Kacau rempah kari biar rata dengan bahan kisar yang lain.

2. Panaskan minyak. Tumis semua bahan kisar tadi. Hingga naik bau.

3. Masukkan ayam. Kacau seketika. Kemudian masukkan kentang. Tutup biar ayam dan kentang masak. Jangan lupa masukkan asam keping ketika ini.

4. Akhir sekali masukkan santan kotak yang telah dibancuh dengan sedikit air.

5. Bila sudah mendidih, perasakan dengan garam dan gula, ikut citarasa. Jangan lupa letak dengan sayur bendi sebagai hiasan.

Selamat mencuba.

Resepi Kari Ayam Ringkas Dan Sedap yang saya kongsikan di atas adalah kari ayam Johor dengan orang Jawa style, iaitu karinya agak cair dan berwarna kuning cerah. Ia ringkas aje, cukup dengan sayur bendi sebagai hiasan. Saya tidak meletakkan tomato seperti sesetengah resepi kari ayam yang lain kerana asam keping sudah cukup untuk buang bau hanyir ayam, jika ada.

Memasak itu terapi... hihi

2 comments:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.