Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2016/12/28

Resepi Ayam Popcorn Masam Manis

Resepi Ayam Popcorn Masam Manis - Resepi yang dikongsi kali ini adalah ayam popcorn sweet sour. Menu berasaskan sos ni, budak-budak suka la.., kalau buat sweet sour atau masam manis udang, ketam.., memang sedap. Licin kuali dan periuk dikerjakan.

Sebelum itu, admin nak cerita sikit tentang persiapan naik sekolah. Sekarang dah hujung tahun, tinggal sehari dua naik sekolah. Macam-macam yang kena bayar. Pelbagai yuran perlu dijelaskan. Janganlah panik ya. Buat ikut kemampuan. Jika ada pihak hulur bantuan, terima dengan rasa syukur. Tak perlu rasa rendah diri. Sebab ada sesetengah ibu bapa yang malu nak ambil, rasa serba salah. Sebenarnya ibu bapa yang lain pun nak dapatkan bantuan tetapi SLIP GAJI angka atas kertas telah menyekat mereka menerima bantuan. Itulah dilemanya..

Resepi Ayam Popcorn Masam Manis 


Ha.., dah bebel sikit, jom tengok resepi yang admin nak share. Sedap sangat..., dah cuba mesti nak buat selalu..


Resepi Ayam Popcorn Masam Manis


Bahan-bahan:

1 kg isi dada ayam
300 gm tepung jagung
200 gm tepung gandum
1 biji telur - pukul kembang
1 labu bawang besar - dicincang
150 gm cili kisar
300 gm sos tomato
300 gm sos cili thai
250 gm sos plum
200 gm sos tiram
1 batang timun jepun - potong dadu
1 tin nanas - potong dadu
Garam dan gula

Cara Menyediakan Ayam Popcorn Masam Manis 


1. Isi dada ayam dipotong dadu, kemudian perap dengan lada putih dan garam.

2. Satukan tepung jagung dan tepung gandum dalam satu bekas. Celup ayam ke dalam telur, kemudian salut dengan tepung. Goreng sehingga ayam garing. Angkat dan ketepikan.

3. Tumis bawang besar sehingga wangi. Masukkan cili kisar, tumis sehingga masak. Tambahkan sos tomato, sos cili thai, sos plum, dan sos tiram. Gaul sebati.

4. Masukkan pula timun jepun, nanas serta isi ayam yang telah digoreng tadi dan gaul hingga sebati. Akhir sekali masukkan garam dan gula. Sebatikan rasa.

Selamat mencuba resepi Ayam Popcorn Masam ManisMemasak ayam popcorn sweet sour atau masam manis ni mudah, jika tak ada sos plum boleh tukar dengan jus lemon. Sos cili thai pun boleh tukar dengan sos cili biasa. Tak ada masalah.

Memasak dengan rasa & jiwa. Ok

Lazada Malaysia

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.