Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2016/12/29

Panduan Mudah Cara Buat Air Jamu Kunyit

Panduan Mudah Cara Buat Air Jamu Kunyit. Bila sebut kunyit teringatlah waktu dalam pantang dulu, ibunda saya buatkan air kunyit campur asam jawa. Rasanya.., jangan cakaplah, hingga menitis air mata tika menelannya. Tapi sebab nak cepat sihat dan baik, maka hamba pun menurut perintah je.. hihi

Dah lama kami adik beradik kenal dengan jamu air kunyit yang disebutkan di atas. Sejak ibu kami melahirkan adik-adik yang lain, kamilah kakak yang sedang membesar tumpang minum jamu air kunyit buatan ibunda kami. Masa tu, rasanya ada manis masam sesedap rasa sebab ditambah sedikit gula. Haha.., tak terfikir pulak sebenarnya jamu air kunyit tidak bagus untuk wanita yang belum berkahwin, ditakuti memberi kesan kepada rahim @ peranakan. Wallahua'lam.

Panduan Mudah Cara Buat Air Jamu Kunyit



Panduan Mudah Cara Buat Air Jamu Kunyit


Panduan mudah cara buat air jamu kunyit ni teramatlah senang, macam tajuk artikel ni jugak. Panduan air jamu ini saya kongsikan dari rasa online, tempat saya merujuk pelbagai resepi menarik dan sedap selama ini.

BAHAN-BAHAN:

2 cawan air
4 ulas kunyit (dipotong kecil lebih kurang 2 inci)
1 ulas halia (saiz 2 inci)
1 biji buah manjakani
1 sudu besar pes asam jawa
1 sudu besar gula merah

Atau

Jika anda tak nak masukkan halia, dan buah manjakani pun boleh. Terpulang masing-masing. Khas untuk ibu dalam pantang.


CARA MENYEDIAKAN JAMU AIR KUNYIT:
1. Tumbuk kunyit dan biji manjakani. Halia dihiris nipis.
2. Kemudian direbus bersama air dan biarkan mendidih.
3. Apabila mendidih, masukkan air asam jawa dan didihkan lagi.
4. Masukkan gula merah dan biarkan air mengering sedikit. Tutup api dan sejukkan.
5. Tapis air jamu apabila sudah sejuk dan simpan dalam peti ais.

CARA MINUM:

2-3 sudu makan air jamu ini dicampurkan dengan 1/2 cawan air suam. Boleh diminum tiga kali seminggu.

CARA SIMPAN:

Simpankan dalam peti ais tetapi bukan untuk tempoh lama. Pati ini biasanya bertahan lebih kurang seminggu.

SYARAT MINUM:
1. Jamu ini sangat sesuai buat ibu baru bersalin, tetapi jika mahu diamalkan tunggu sehingga anak anda sembuh dari jaundis.
2. Boleh diminum secara konsisten oleh semua wanita untuk kesihatan dalaman dan memberi tenaga.
3. Jika anak dara, jangan tambahkan kunyit dan biji manjakani dalam pati jamu anda kerana dikhuatiri akan mengganggu sistem peranakan.

KEBAIKAN JAMU AIR KUNYIT


*Merawat luka dalaman kerana bersalin
*Membuang angin dalam badan
*Mengetatkan organ wanita
*Mengempiskan perut

Penutup

Kunyit memang banyak khasiatnya. Selain daripada penambah perisa dalam makanan, jamu air kunyit adalah antara resepi air herba berasaskan kunyit yang terlalu banyak khasiatnya. Untuk baca khasiat kunyit dalam kehidupan seharian kita, anda boleh baca pada pautan di bawah,



3 comments:

  1. Sesetengah bidan tak beri wanita yang belum berkahwin dan belum pernah bersalin minum..sesetengah pula boleh minum untuk melawaskan darah haid..tapi jangan diamalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih PC kasi infonya, semoga bermanfaat

      Delete
  2. Selain jamu kunyit, ini apa yang saya amalkan untuk dapatkan kulit yang sihat. Cuba dulu mesti berhasil!

    ReplyDelete

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.