Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2016/12/05

Mulakan Diet Anda Hari Ini

Mulakan Diet Anda Hari Ini. Diet oh diet! Nak diet bukannya mudah kerana memerlukan displin dan komitment amat tinggi. Hanya orang yang memiliki keinginan yang tinggi saja yang mampu melepasi tempoh seksa ketika berdiet. Maklumlah, sewaktu diet kita terpaksa melupakan semua benda yang kita suka dan melakukan benda yang kita tak suka. Hah! Nampak tak ngerinya bila baca tentang diet.

Setiap dari kita mesti ada simpan keinginan untuk diet, kan? Setiap tahun simpan azam untuk diet demi sebuah kehidupan yang lebih sihat. Tetapi janji hanya tinggal janji. Nampak makanan sedap depan mata kita pun ketepikan azam nak diet. Weii... diet bukan nak kurus, tetapi untuk sihat. Ada banyak cara diet yang sesuai untuk orang Asia, iaitu diet untuk sihat dan terhindar dari sakit tiga serangkai tu...

Tak tahu sakit tiga serangkai? Alaaa..., kencing manis, darah tinggi dan jantung. Inilah sakit tiga serangkai paling popular di Malaysia. Inilah sebab utama kenapa kita mesti kena diet jika kita diperlukan berbuat begitu.

Mulakan Diet Anda Hari Ini


Jom ikut saya berdiet cara sihat. Makan tetap makan, ok!

Di bawah ini adalah tiga bentuk diet yang boleh dilakukan oleh rakyat Asia amnya dan rakyat Malaysia khasnya.

1. 6 Tips Hilang 45kg Tanpa Pil Kurus 


Kalau mengikut diet ini, anda tak perlu berlapar ya kekawan. Hanya jangan berlapar dan jauhkan dari makanan bergula. Itu pantang yang utama. Jika anda berani diet GULA, insyaa Allah yang lain anda tak perlu risau.


2. Amalkan Diet Atkins Permulaan Dalam Masa 2 Minggu


Mulakan Diet Anda Hari Ini
 
Ikut saja arahan yang diberikan. Ramai pengguna yang mengamalkan diet Atkins berjaya menurunkan berat badan pilihan mereka.

3. Jadual Pemakanan Diet Sihat 7 Hari 


Mulakan Diet Anda Hari Ini

Jadual diet sihat di atas juga boleh diamalkan untuk mendapatkan tubuh yang sihat. Seperti saya kata tadi, diet untuk sihat bukannya untuk kurus. Kurus akan datang kemudian bila anda mengamalkan pemakanan secara sihat.

Mulakan diet anda hari ini. Jangan berlengah-lengah lagi. Kerana kesihatan adalah harta yang paling bernilai sepanjang hayat.

Diet now!

No comments:

Post a Comment

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.