Mengapakah Surah Yaasin Dipanggil Jantung Al Quran Serta Pengertian Setiap Ayat Di Dalamnya

Surah yaasin dalam al aquran disebut sebagai jantung al Quran? Mengapakah surah Yaasin di sebut sebagai jantung al Quran? Apakah istimewanya surah ini? Didalam kitab "Tasywiqulkholan" karangan syekh muhammad ma'sum pada halaman 28. "Huruf Qosam terbahagi menjadi 3 bahagian iaitu: "wawu, "ba dan "ta. Ada sedikit perbezaan diantara huruf-huruf Qosam tersebut (nanti akan kita jelaskan dibawah). Selanjutnya beliau mengatakan : "kenapa ini dinamakan huruf-huruf (Qosam) sumpah? beliau menjawab: "kerana masuknya salah satu huruf-huruf tersebut pada orang yang bersumpah dan selalu digunakan sebagai isyarah sumpah. [rujuk:Yasin sebagai jantung al Quran]

Tiga ayat tersebut di atas: "يس. والقرآن الحكيم انك لمن المرسلين" merupakan sumpah dan pengakuan tegas Allah kepada orang-orang yang mengingkari kerasulan dan kenabian Muhammad SAW. Bahawa sesungguhnya beliau adalah salah satu dari rasul-rasulnya,.


Mengapakah Surah Yassin Dipanggil Jantung Al Quran Serta Pengertian Setiap Ayat Di Dalamnya


Sebahagian ahli Tafsir menafsirkan kata “الحكيم” dengan makna المحكم yang ertinya kitab yang memiliki kandungan yang sempurna dari yang maha sempurna, kandungan yang berisi ilmu dan pengetahuan yang sangat luar biasa tingginya. Dan di dalam ayat ini Allah telah bersumpah: "Demi Al-Quran yang mengandung hikmah. dan sesungguhnya engkau ya Muhammad adalah sebahagian dari rasul-rasul. Wallahua'lam.

Pengertian Dan Khasiat Setiap Ayat Dalam Surah Yaasin


Di bawah ini adalah Surah Yaasin dengan Pengertian Setiap Ayat, maksud dan tujuan ayat tersebut untuk keperluan dalam kehidupan sehari-hari. Sesiapa yang membaca surah Yaasin diumpamakan kita telah mendapat pahala seperti 10 kali khatam al Quran.

Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita terutama orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

 Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri daripada difitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Lazada Malaysia

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya - Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, kita umat Muhammad s.a.w, kita orang Islam dll.

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya : Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri... Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal, elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - dibaca untuk menjauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan pertama - Datang dengan tiba-tiba Tiupan ke-dua - Hancur Tiupan ke-tiga - Semua orang dihidupkan semula dan hadir di padang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3 kali.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tersebut.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada ayat yang bermaksud : "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?"

(Ayat 78 dan 79) - Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.

Ayat 79 - "Katakanlah, yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."

Ayat 82 - Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 kali. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari. Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan

Penutup


Semoga perkongsian tentang khasiat dan pengertian setiap ayat dalam surah Yaasin memberikan sedikit ilmu kepada kita, dalam menghayati setiap bait ayat al Quran yang indah itu. Membaca al Quran bukan sahaja khusus kepada seseuatu surah untuk kepentingan dan tujuan tertentu tetapi ingatlah bahawa membaca, memahami dan mengamalkan ajaran al Quran adalah tanda kita umat yang patuh kepada suruhan Allah. Semoga Allah perkukuhkan iman dan taqwa seluruh umat Islam di muka bumi ini.

Insyaa Allah..  

 

No comments

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.