Info Rasa Dan Tips

Perkongsian resepi, petua, tips panduan, motivasi, kekeluargaan dan fesyen muslimah

2016/12/09

Ibu, Memperkenalkanku Kepada Dunia

Ibu, Memperkenalkanku Kepada Dunia. Ibu mengajarkan kehidupan kepadaku, sebagaimana aku berharap untuk sentiasa mendapat pengalaman berharga daripada kasih sayangnya. Ibu mengajarkan aku untuk terus bangun walau telah jatuh berkali-kali. Ingatkah kamu seawktu kamu di ajar merangkak? Kemudian kamu cuba berjalan? Akhirnya kamu bisa berlari. Dalam setiap proses itu ibulah duniaku, kehidupanku. Dengan sabar dan senyum, membantu aku bangun setelah terjatuh.

Kini, ibu masih di situ.

Berkali-kali setelah dewasa, aku bangun dari terjatuh, bangkit dan tersungkur..., pengajaran kehidupan yang ibu beri menjadi azimat. Ilmu dan nasihatnya tak pernah lapuk, walau zaman dan musim telah berganti. Jika di beri pilihan, jika diajukan pertanyaan.., siapakah manusia yang tak pernah meninggalkan kamu walau jasadnya telah tiada?

Dialah IBU!

Ibu, Memperkenalkanku Kepada Dunia 





Org yang cinta anda dengan mata dipejam ialah *kekasih*
Org yang cinta anda dengan mata dibuka ialah *sahabat*
Org yang cinta anda dengan mata berkelipan ialah *pasangan*
Org yang cinta hingga anda menutup mata ialah *ibu*
Org yang cinta anda dengan tiada ekpresi mata ialah *bapa*

*Ibu* - Memperkenalkan anda kepada dunia.
*Bapa* - Memperkenalkan dunia kepada anda.
*Ibu* : Membawa anda kepada kehidupan.
*Bapa* : Membawa kehidupan kepada anda.

*Ibu* : Menjaga anda supaya tidak lapar.
*Bapa* : Membuat anda tahu makna lapar.

*Ibu* : Memberi anda kasih sayang.
*Bapa*: Memberi anda tanggungjawab.

*Ibu* : Mengajar anda supaya tidak terjatuh.
*Bapa* : Mengajar anda bangun bila terjatuh.

*Ibu* : Mengajar anda berjalan.
*Bapa* : Mengajar anda jalan hidup.

*Ibu* : Mengajar anda melalui pengalamannya.
*Bapa* : Mengajar anda untuk dapatkan pengalaman.

*Ibu* : Memperkenalkan ideologi
*Bapa* : Memperkenalkan realiti.

*Kasih Ibu* diketahui semenjak anda dilahirkan.
*Kasih Bapa* diketahui bila anda menjadi seorang bapa.

*Kasihilah akan bapa anda.*
*Sayangilah akan ibu anda.*

Selagi ada nyawa ibumu, kasihilah mereka hingga ke liang lahad. Walau setelah berpisah jasad dan nyawa, hadiahkanlah doa-doa di setiap sujudmu. 

Ibulah orangnya yang tak pernah berubah walaupun kamu telah berubah, pergi dan kembali semula kepadanya berkali-kali.

Renungkanlah!

1 comment:

Boleh komen jika mahu, boleh LIKE jika suka. TERIMAKASIH.